info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Realiti dunia F&B, hari pertama kerja dah kena hina - "Jangan jadi macam abang tu"

Lead Image

MASIH ramai beranggapan pekerjaan dalam industri makanan dan minuman (F&B) adalah kerjaya bertaraf rendah dan sesuai untuk individu dengan tahap pendidikan biasa.

Realitinya ramai yang bekerja dalam sektor berkenaan mempunyai latar belakang pendidikan baik, malah ada yang memilih bidang F&B kerana minat mendalam.

Seorang lelaki berkongsi pengalaman dirinya disindir pelanggan ketika sedang bekerja di sebuah premis makanan.

Perkongsian itu mencuri perhatian ramai netizen.

Lebih menyedihkan, kata-kata berkenaan ditujukan kepadanya pada hari pertama dia bekerja di kedai tersebut.

“Hari ni aku first day kerja and dapat shift closing.

“Masa lap meja tiba-tiba terdengar customer ni cakap dengan anak dia 'jangan jadi macam abang tu'. Terkedu abang dengar dik,” tulisnya menerusi laman Threads.

MENARIK DIBACA: 'Resign' kerja bank demi buka kafe, usahawan berjaya bangkit lepas 2 kali hampir bankrap

MENARIK DIBACA: Anak muda minat jual nasi lemak, buntu ramai suruh cari kerja lain jamin masa depan

Pengalaman itu membuatkan dia tertanya-tanya mengapa masih ada dalam kalangan masyarakat memandang rendah mereka yang bekerja dalam industri F&B.

Menurutnya, sebelum ini dia hanya mendengar kisah pekerja F&B dilayan sedemikian, namun kali ini dia sendiri berdepan situasi sama.

“Hina sangat ke kerja F&B? Sebelum ni dengar cerita orang je, hari ni baru terkena dekat diri sendiri,” ujarnya.

Rata-rata netizen tampil memberikan sokongan kepada individu berkenaan.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai dan rata-rata netizen tampil memberikan sokongan kepadanya.

Malah, ada yang berkongsi pengalaman masing-masing dalam industri F&B dan membuktikan pekerjaan berkenaan bukanlah penghalang untuk seseorang mencapai kehidupan yang lebih baik.

15 years F&B daripada cuci pinggan sampai sous chef, now business owner.

“Akak dalam bidang F&B hampir lapan tahun dan Alhamdulillah dah ada dua cahaya mata, satu kereta Axia dah habis bayar dan nak beli rumah sendiri," antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Tempe 'naik' bulu tak lama lepas dipotong, selamat ke dimakan? ini penjelasannya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Pengantin buat kenduri konsep 'potluck', terkejut tetamu 'sporting' bawa makanan penuh meja

Terhangat