info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Tempe 'naik' bulu tak lama lepas dipotong, selamat ke dimakan? ini penjelasannya

Lead Image

TEMPE antara makanan popular dalam kalangan masyarakat kita yang mana ia diperbuat daripada kacang soya melalui proses penapaian (fermentasi) menggunakan ragi atau kulat.

Selain dimakan mentah, tempe juga sangat enak jika digoreng, dimasak sambal kering atau direbus dan dicecah dengan sambal belacan.

Satu perkara yang perlu diketahui tentang tempe ialah, makanan berasal dari Pulau Jawa, Indonesia ini memiliki sifat sensitif dan mudah rosak jika dibiarkan terdedah dalam tempoh lama.

Situasi ini berlaku kerana tempe mengandungi organisma hidup (kulat penapaian) dan mempunyai kandungan kelembapan yang tinggi.

Tempe memiliki sifat sensitif jika terdedah dengan udara.

Seorang wanita terkejut apabila mendapati tempe yang dipotongnya pada waktu siang dan ditinggalkan seketika untuk dimasak pada sebelah malam berubah 'rupa'.

Dalam hantaran dikongsikan di Threads, wanita berkenaan berkata dia memotong tempe untuk digoreng pada waktu malam dengan menyimpannya dalam bekas bertutup dan tidak dimasukkan dalam peti sejuk.

Bagaimanapun, ketika hendak memasak, dia terkejut apabila permukaan tempe yang dipotong dipenuhi bulu-bulu halus berwarna putih yang kelihatan seakan-akan kapas.

MENARIK DIBACA: Wanita kurang selesa lihat bayi diberi kurma bekas mulut pentahnik... Tak tolak sunah, cuma fikir kebersihan

MENARIK DIBACA: Minyak paket murah tapi ramai risau kualiti, risiko kesihatan... Pengguna perlu tahu fakta ini!

"Aku nak potong tempe nak goreng malam nanti. Ni siang tadi potong, lepas tu tinggal luar bekas tutup. Sekali buka terkejut dah jadi begini," kongsinya.

Mahu mencari kepastian, wanita itu kemudiannya melakukan carian di internet dan menemui jawapan bahawa apa yang berlaku disebabkan tindak balas dikenali sebagai miselium.

Malah, seorang netizen turut menjelaskan bahawa tindak balas tersebut memang sering berlaku dalam proses menghasilkan tempe.

“Jaringan putih yang terbentuk pada tempe itu dikenali sebagai miselium. Ia merupakan sebahagian daripada kulat 'Rhizopus oligosporus'.

Selain digoreng, tempe juga sering dimasak sambal.

"Jaringan ini mengikat kekacang dalam pembentukan tempe. Permukaan tempe yang dipotong, terdedah kepada oksigen dan kelembapan, kondisi yang diperlukan untuk pembentukan miselium," jelas netizen tersebut.

Justeru, kemunculan jaringan putih pada tempe tidak semestinya bermaksud makanan tersebut sudah rosak, malah masih boleh dimakan.

Bagaimanapun, pengguna tetap perlu berhati-hati jika tempe mengeluarkan bau busuk, berlendir atau mempunyai pertumbuhan kulat dengan warna yang mencurigakan seperti hijau atau hitam.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

5 makanan tradisi ini sudah jarang ditemui, mungkin pupus jika tak dipromosi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Realiti dunia F&B, hari pertama kerja dah kena hina - "Jangan jadi macam abang tu"

Terhangat