Staf tegur pesakit enggan sentuh makanan percuma hospital - "Saya dari pagi tak makan"
MAKANAN hospital sering dianggap kurang menyelerakan disebabkan rasanya yang kebanyakannya tidak begitu ‘kick’ atau tak kena dengan tekak.
Situasi itu membuatkan ada sesetengah pesakit memilih untuk tidak menjamah makanan yang disediakan pihak hospital, malah sanggup membeli makanan dari luar.
Menerusi perkongsian seorang kakitangan hospital di Threads, dia meluahkan rasa kurang senang selepas melihat tindakan segelintir pesakit yang menolak makanan percuma disediakan hospital kerajaan.
Menurutnya, makanan tersebut bukan sahaja diberikan secara percuma kepada pesakit, malah kos penyediaannya datang daripada hasil kutipan cukai rakyat.

“Semalam ada patient tak nak makan makanan free yang hospital provide, dia macam nak buang.
“Lepas tu aku cakap, ‘Aunty makanan ni kerajaan sediakan untuk pesakit free. Ini duit orang yang bayar tax tau aunty.
“Maybe dalam RM10, kalau tak nak makan baik bagi saya. Saya dari pagi tak makan,’” ujarnya.
Menurut wanita itu, teguran itu membuatkan beberapa pesakit lain yang turut mendengarinya mula menghargai makanan yang diberikan.
MENARIK DIBACA: Ada lipas, najis tikus! Kafe hospital swasta kotor diarah tutup serta-merta
MENARIK DIBACA: Program makanan percuma bertukar tragedi, ratusan murid dikejarkan ke hospital lepas makan daging
Dia turut meluahkan rasa kecewa melihat ada individu tidak menghargai kemudahan diberikan, sedangkan masih ramai golongan lain yang memerlukan makanan.
“Orang Malaysia dapat makanan free tak nak makan, pergi hospital bayar RM1, entitled dengan staf hospital.
“Baiklah KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) provide makanan kat staf hospital daripada bagi patient,” tulisnya lagi.
Perkongsian itu mencuri perhatian ramai netizen yang rata-rata bersetuju dengan teguran wanita berkenaan.

Ada yang berkongsi pengalaman sendiri ketika menemani ahli keluarga menerima rawatan di hospital kerajaan, dan tak kurang juga memuji keenakan rasa makanan dihidangkan.
"Aku bayar tax, and as a nurse aku hargai sangat bila ada lebihan makanan atau pesakit menolak makanan hospital.
“Yes. Daripada buang, bagi dekat orang yang tak sempat makan dari pagi.
“Aku excited makanan hospital ni datang masa mak aku warded dulu. Bukan pesakit yang makan, aku yang makan,” antara komen netizen.