Ada lipas, najis tikus! Kafe hospital swasta kotor diarah tutup serta-merta
KOTOR dan menjijikan!
Itulah keadaan kafeteria di sebuah hospital swasta di George Town, Pulau Pinang, yang diarahkan tutup serta-merta oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang selepas didapati berada dalam keadaan kotor, termasuk penemuan lipas di premis tersebut.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen, tindakan tersebut dibuat susulan aduan orang awam yang diterima pada Isnin lalu apabila kemungkinan berlaku pencemaran makanan di situ.

Hasil pemerikaan yang dijalankan JKN pada Khamis, premis tersebut telah diarahkan tutup selain kompaun turut dikeluarkan pada hari yang sama mengikut prosedur operasi standard (SOP) keselamatan makanan yang ditetapkan.
Tindakan turut diambil terhadap pengusaha kafeteria tersebut apabila diarahkan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh sebelum dibenarkan untuk beroperasi semula.
MENARIK DIBACA: Ingatkan pisang tanduk dah cukup besar, rupanya saiz pisang 'gergasi' Hua Moa lebih mantap
MENARIK DIBACA: Chacha Maembong cuma tahu masak kurma, ada alasan tak makan belacan
Pada masa sama, JKN akan menjalankan kerja-kerja pemantauan berkala bagi memastikan semua pengendali makanan mematuhi standard kebersihan yang ditetapkan demi keselamatan pengguna.
Terdahulu tular beberapa gambar dalam media sosial tentang kafeteria di sebuah hospital swasta yang dilaporkan kotor dan menjijikan dengan perkongsian gambar lipas dalam makanan dan najis tikus.
Situasi tersebut sekali gus mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap tahap kebersihatan premis makanan termasuk yang beroperasi di fasiliti kesihatan.