info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Tak ada laici dalam laicikang, pelanggan terkejut jumpa telur puyuh!

Lead Image

SEBUT sahaja laicikang, pasti ramai terbayangkan minuman manis dan menyegarkan dengan warna jernih bersama bahan seperti laici, jeli, cincau, biji selasih dan nata de coco.

Tahukah anda bahawa resipi sebenar laicikang atau 'leng chee kang' secara tradisional langsung tidak menggunakan laici?

Perkara itu dikongsikan seorang pengguna Threads dikenali sebagai Airina Roslan selepas menikmati pencuci mulut tradisi Cina itu ketika berkunjung ke Ipoh, Perak.

Leng Chee Kang adalah sejenis pencuci mulut berasaskan biji teratai yang dimasak dalam kuah manis

Lebih menarik, dia terkejut apabila mendapati minuman tersebut turut mengandungi telur burung puyuh rebus.

“Minum laicikang kat Ipoh. Baru tahu orang laicikang dengan telur puyuh. Baru tahu ekk!”

Wanita itu pada awalnya menyangka peniaga mungkin tersalah memasukkan bahan kerana itu merupakan kali pertama dia melihat telur puyuh dalam laicikang.

MENARIK DIBACA: Tubuh lemau, banyak angin? Cuba buat air rebusan halia dan serai, badan rasa kembali ringan

MENARIK DIBACA: Atikah Suhaime baru tahu rahsia cantikkan kulit lepas nikah lelaki Cina, kongsi resipi sup ayam mak mentua

Perkongsian itu kemudiannya mengundang pelbagai reaksi netizen yang menjelaskan bahawa penggunaan telur puyuh sebenarnya bukanlah perkara baharu. 

Malah resipi asalnya banyak menggunakan herba tertentu sebelum diolah dengan bahan lain bagi menyesuaikannya dengan tekak orang tempatan.

"Leng chee kang asalnya tak ada kena mengena pun dengan laici. Asalnya sup biji teratai tu. Orang kita je yang pergi 'modified' letak laici.

Komen netizen di laman Threads.

"Original memang ada telur puyuh. Namanya linjigan. Maksudnya lotus seed (linji) soup (gan)," komen netizen lain.

Sekadar info, leng chee kang atau nama lainnya lin chee kang  merupakan sejenis pencuci mulut berasaskan biji teratai yang dimasak dalam kuah manis.

Biji teratai juga merupakan bahan utama yang memberikan nama kepada hidangan tersebut.

Antara bahan yang biasa digunakan termasuk buah goji, biji teratai, buah longan kering, bunga lili kering, gula batu, kulat salji, pong tai hai (kembang semangkuk), barli dan biji selasih.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Biskut Oreo biasanya manis, kini tampil dengan krim ayam goreng KFC pula!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Staf tegur pesakit enggan sentuh makanan percuma hospital - "Saya dari pagi tak makan"

Terhangat