info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Guru otak bisnes! Selamba 'angkut' 100kg Musang King dari Kelantan ke KL guna Volkswagen Beetle

Lead Image

SETIAP kali tiba musim durian, akan muncul peniaga yang menawarkan pelbagai variasi 'raja buah' itu terutamanya di bahagian tepi jalan.

Pada masa sama, dapat dilihat penggemar durian akan menyerbu ruang jualan yang mana masing-masing tidak mahu melepaskan peluang menikmati durian tidak kira sama ada jenis kampung atau premium.

Musim durian antara dua hingga tiga kali setahun itu turut menyaksikan pelbagai kisah menarik.

Antaranya, seorang guru dari Kelantan sanggup mengangkut sehingga 100 kilogram (kg) Musang King menggunakan kereta jenis Volkswagen Beetle.

Setiap minggu ikgu Saiful mengambil tempahan durian Musang King dari Gua Musang untuk dijual di Kuala Lumpur pada harga berpatutan.

Menerusi perkongsian oleh seorang peniaga durian di Gua Musang, Kelantan dikenali sebagai Tieok Eng atau mesra disapa 'aunty' di Facebook miliknya, dia memberitahu guru yang juga pelanggan tetapnya itu telah memborong 100kg durian Musang King untuk tujuan dijual semula di Kuala Lumpur.

"Cikgu Saiful hari ini order lagi 100kg durian Musang King. Aunty ingat dia nak jual di KB (Kota Bharu), rupanya nak jual di Kuala Lumpur. Ini baru betul-betul orang rajin.

"Selain mengajar, pandai rebut peluang cari rezeki lebih ketika musim durian," tulisnya.

MENARIK DIBACA: Kecewa bihun sup campur 'rupa' tak semenggah - "Pergi festival makanan kena belajar reda"

MENARIK DIBACA: Jangan salah pilih daun limau purut, pastikan bentuk '8' elak masakan jadi pahit

Menerusi komen yang ditinggalkan, cikgu Saiful berkata dia membawa berkilo-kilo durian Musang King ke Kuala Lumpur demi memenuhi permintaan kenalannya yang mahu merasai sendiri keenakan Musang King dari Gua Musang dengan harga berpatutan.

"Jual kat kawan-kawan di perantauan yang nak rasa Musang King Gua Musang.

"Saya jual di KL harga RM20 sekilo. Alhamdulillah 'sold out'," kongsinya.

Difahamkan cikgu Saiful sering mengambil stok durian Musang King dari peniaga durian dikenali sebagai Tieok Eng di Gua Musang, Kelantan.

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian netizen apabila ramai memuji kegigihan guru tersebut mencari pendapatan sampingan dengan memanfaatkan musim durian.

"Demi sesuai nasi. Moga peroleh kejayaan.

"Semoga murah rezeki, jual Musang King murah-murah biar semua dapat rasa.

"Kalau jenis rajin semua nampak duit. Kita je yang malas," komen beberapa netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Buat 'live' di gerai, konsep infak nasi ayam didakwa kelirukan orang ramai

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Sana sini burger, 'fries'! Tak seperti di Qatar, inisiatif makanan sihat tak diteruskan di Piala Dunia 2026

Terhangat