info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Sana sini burger, 'fries'! Tak seperti di Qatar, inisiatif makanan sihat tak diteruskan di Piala Dunia 2026

Lead Image

PENGANJURAN Piala Dunia FIFA bukan sekadar satu pesta bola sepak, malah mempunyai pengaruh besar dalam membentuk gaya hidup masyarakat, termasuk tabiat pemakanan.

Ketika jutaan penyokong membanjiri stadium bagi menyaksikan Piala Dunia 2026, satu legasi kesihatan yang pernah diperkenalkan pada edisi terdahulu dilihat semakin pudar.

Pada Piala Dunia Qatar 2022, FIFA bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Awam Qatar secara rasmi memperkenalkan inisiatif 'Healthy FIFA World Cup Qatar 2022' dengan menyediakan pilihan makanan lebih sihat di stadium, tetapi pendekatan itu kini tidak lagi menjadi keutamaan.

Ketika itu, lebih 30 peratus makanan dijual memenuhi piawaian pemakanan WHO malah hidangan sihat dipromosikan menerusi susun atur menu, harga lebih berpatutan dan kempen kesedaran kepada penyokong.

Antara perkara menarik lain ketika kejohanan di Qatar adalah mengharamkan rokok di dalam stadium, tidak membenarkan penjualan alkohol di stadium semasa kejohanan dan menjalankan program pengurangan pembaziran makanan serta pengagihan semula makanan berlebihan kepada golongan memerlukan.

Situasi semasa menunjukkan peralihan kepada menu berkalori tinggi lebih murah.

Suasana berbeza dapat dilihat pada Piala Dunia 2026 apabila makanan seperti burger, sosej, kentang goreng, nuget ayam, minuman manis serta pelbagai makanan ultra-proses mendominasi kebanyakan lokasi, manakala buah-buahan, salad dan pilihan makanan segar amat terhad.

Menurut analisis diterbitkan portal media antarabangsa, situasi itu bukan sekadar berkaitan pilihan individu sebaliknya mencerminkan bagaimana persekitaran makanan dibentuk oleh pihak penganjur.

MENARIK DIBACA:Buat masak lemak cili api letak kayu manis, bunga lawang... Wanita 'angin' resepi dikritik mentua

MENARIK DIBACA:Mantap cendawan goreng petai, aromanya buat perut kenyang jadi lapar

Kajian menunjukkan obesiti dan penyakit berkaitan diet bukan hanya dipengaruhi sikap pengguna, malah dipacu oleh faktor persekitaran. 

Apabila pilihan makanan sihat sukar diperoleh atau dijual pada harga lebih tinggi, pengguna cenderung memilih makanan kurang berkhasiat.

Inisiatif makanan sihat menimbulkan perbincangan kesihatan dalam acara sukan antarabangsa.

Stadium Piala Dunia menjadi contoh jelas kerana segala makanan dijual, produk dipromosikan dan tawaran kepada pengguna ditentukan sepenuhnya oleh pihak penganjur.

Pengalaman di Qatar sebelum ini juga membuktikan penyediaan makanan lebih sihat tidak menjejaskan pengalaman penyokong mahupun keuntungan komersial. 

Persoalannya kini bukan sama ada ia boleh dilakukan, tetapi mengapa usaha tersebut tidak diteruskan pada Piala Dunia 2026?

Ketika obesiti semakin menjadi cabaran kesihatan global, ramai berpendapat acara sukan terbesar dunia seharusnya memainkan peranan dalam menggalakkan budaya pemakanan sihat.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Guru otak bisnes! Selamba 'angkut' 100kg Musang King dari Kelantan ke KL guna Volkswagen Beetle

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Bergurau ke perli? Pelanggan terkejut buka bungkusan burger lepas minta salad lebih

Terhangat