info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Buat 'live' di gerai, konsep infak nasi ayam didakwa kelirukan orang ramai

Lead Image

WUJUD segelintir peniaga makanan yang membuka ruang kepada orang ramai untuk berinfak bagi membantu golongan memerlukan menikmati makanan secara percuma.

Bagaimanapun timbul persoalan apabila ada peniaga yang dilihat menggunakan konsep tersebut dengan cara mengelirukan sehingga sukar membezakan antara urusan sedekah dan jual beli.

Seorang peniaga nasi ayam tular apabila hanya mengagihkan makanan itu kepada orang ramai menggunakan dana infak yang diterima daripada penonton ketika membuat siaran langsung (live) TikTok.

Pelanggan dilihat beratur di gerainya untuk mendapatkan makanan yang diinfak dan mereka didakwa terpaksa menunggu jika tiada individu tampil menyumbang wang melalui siaran 'live' yang dibuat.

Rata-rata netizen di media sosial mengecam tindakan peniaga nasi ayam terbabit.

Situasi itu mengundang pelbagai reaksi netizen, malah ada yang mempersoalkan sama ada operasi tersebut berasaskan sumbangan atau aktiviti perniagaan seperti biasa.

"Jika ada yang infak masa orang nak beli dan hulur duit, terus katakan 'hari ini ada yang infak'. Agama ni kena belajar, bukan ikut contoh orang lain.

"Masyarakat pun jadi keliru nak datang ambil tapi tak boleh sebab belum ada yang infak. Nak gunakan kaedah infak dan jual beli tak salah, cuma perlu jelas.

"Menopengkan kaedah dengan cara yang salah dalam hukum muamalat," tulis seorang netizen.

MENARIK DIBACA: Peniaga buka slot infak, rupanya ramai juga kurang selesa - "Tak nampak 'value' barang dijual"

MENARIK DIBACA: Tempah bubur lambuk untuk infak, dapat nasi air! Selesai urusan, peniaga 'block' pembeli

Menerusi tangkap layar video yang dikongsikan semula di Threads, peniaga nasi ayam tersebut mendakwa kaedah yang digunakan menyerupai konsep sedekah sabil yang diamalkan di Makkah.

Bagaimanapun, ramai berpendapat  pelanggan ingin membeli makanan tidak seharusnya perlu menunggu sumbangan daripada orang lain, sebaliknya urusan jual beli boleh diteruskan seperti biasa.

"Sebetulnya berniaga macam biasa, barang dijual dengan sebutan jual beli (akad), ada penjual dan pembeli. Ini bukan soal pendapat individu tetapi soal hukum," jelasnya.

Dalam pada itu, penjelasan yang pernah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Johor turut menjadi rujukan netizen dalam membahaskan isu ini.

Konsep jual beli dan infaq merupakan dua perkara yang berbeza dan tidak boleh dicampur adukkan.

Menurut pejabat mufti, konsep jual beli dan infak merupakan dua perkara berbeza dan tidak boleh dicampur adukkan sehingga mengelirukan masyarakat.

Peniaga yang ingin menguruskan kutipan infak daripada orang ramai perlu bersikap telus dan amanah dengan membezakan secara jelas antara harga jualan makanan, upah penyediaan makanan serta dana yang benar-benar disalurkan untuk tujuan infak.

Pada masa sama, penggunaan konsep infak bagi menggalakkan sumbangan adalah dibenarkan, namun seharusnya tiada unsur paksaan.

Bagaimanapun peniaga tidak boleh memanipulasi niat penyumbang atau mengelirukan orang ramai mengenai jumlah makanan yang diinfakkan semata-mata untuk meningkatkan keuntungan perniagaan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Fama tetapkan harga 'runtuh' durian kampung, paling rendah RM2.70 sekilogram

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Guru otak bisnes! Selamba 'angkut' 100kg Musang King dari Kelantan ke KL guna Volkswagen Beetle

Terhangat