Tempah bubur lambuk untuk infak, dapat nasi air! Selesai urusan, peniaga 'block' pembeli
NIAT seorang lelaki untuk menyumbangkan bubur lambuk terpaksa dibatalkan apabila tempahan sajian itu yang dibuat dengan peniaga dalam talian diterima dalam keadaan menyedihkan.
Bubur lambuk yang kebiasaannya pekat dengan nasi bersantan serta daging dan aroma rempah ratus diterimanya dalam keadaan cair dan tekstur nasi langsung tidak menyerupai bubur.
Sebaliknya, dia mendakwa bubur itu cuma dipenuhi 'kuah' dan kelihatan seperti nasi direndam dalam air.

Musykil sama ada dirinya ditipu atau sebaliknya, lelaki itu memuat naik gambar bubur lambuk berkenaan di laman Threads bagi mendapatkan kepastian.
Dia menjelaskan, hasratnya untuk bersedekah terbantut sebaik sahaja melihat keadaan bubur.
"Jap, aku nak kepastian, betul ke ni bubur lambuk? 200 order dekat TikTok, niat nak infak untuk berbuka. Sedih nak bagi kalau macam ni," luahnya, kecewa.
MENARIK DIBACA: "Orang India tak boleh makan" - Netizen harmoni selesai 'isu' bubur lambuk, siap 'offer' tolong masak
MENARIK DIBACA: Pengalaman aneh beli bubur candil... Peniaga 'kreatif' olah resipi, guna isi makaroni
Lebih mengecewakan, ketika cuba mendapatkan respon daripada peniaga, dia mendapati nombor telefonnya telah disekat.
Tambah lelaki itu, niatnya memuat naik gambar bubur ceroi itu bukan untuk menutup periuk nasi peniaga, sebaliknya mahu mengelakkan lebih ramai individu menjadi mangsa.
"Bukan nak tutup periuk nasi orang, tapi risau ramai lagi yang kena. Kita pun baran bila kena block! Awal tanya elok-elok, tiba-tiba rider pula disalahkan, tapi tak apalah… sabar jelah," jelasnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat keadaan bubur lambuk tersebut dan mengecam tindakan peniaga berkenaan.
"Sebagai cef, ini apa yang saya kategorikan sebagai bubur bap*k. Dah mana nasi dituang air perigi.
"Betul-betul nasi air je dia letak eh, rempah apa semua tak nampak.
"Siapa yang masak ni? Dia ingat kucing ke nak makan?" antara komen netizen.
