Pelanggan anggap kek, 'dessert' disiapkan sehari lebih awal tak segar... Akak 'baker' buntu!
PERNIAGAAN kek atau bakeri memang mencabar kerana proses menghasilkan produk bukan sahaja rumit, malah memerlukan masa, kemahiran serta kos yang tinggi.
Bukan itu sahaja, ada peniaga memilih untuk menyiapkan kek sehari lebih awal, memandangkan tempoh penyediaan yang panjang terutama bagi tempahan dalam jumlah banyak.
Namun, seorang peniaga berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila berdepan dengan pelanggan yang bukan sahaja tidak memahami proses tersebut, malah mempersoalkan tahap kesegaran kek yang dijualnya.

“Nak tanya para bakers sekalian. Customer order kek dan dessert untuk makan-makan hari Rabu pagi, korang akan mula bake dan buat hari Selasa.
“Betul tak? Takkan Rabu pagi nak bake, Rabu pagi juga nak siap? Customer memang tak tahu ke yang kek dan desserts tu ambil masa nak buat?
“Lepas tu tanya, tak fresh la kan sebab buat semalam?” tulisnya di laman Threads.
MENARIK DIBACA: Wanita beri hujah kenapa perlu beli kek homebaker berbanding bakeri... Mahal tapi puas hati
MENARIK DIBACA: Kek coklat 'sihat' buat guna telur rebus! Tak perlu 'oven', tak guna tepung tekstur tetap lembut
Wanita itu terpaksa menjelaskan secara terperinci kek yang disiapkan sehari sebelum majlis masih dikira segar, selagi ia tidak disimpan berhari-hari.
“Saya terangkan kek memang fresh sebab baru buat dan baru siap, bukan yang saya dah simpan 3-4 hari. Tambah pula kalau order 4-5 jenis, memang perlukan masa untuk siapkan,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempertahankan peniaga itu malah ada yang turut menyelar sikap pelanggan yang disifatkan banyak kerenah.

“Kalau dia nak fresh, suruh dia makan tepung dan telur je, jangan banyak bunyi.
“Tak perlu explain bila buat… macam mana explain pun dorang akan pilih untuk tak faham dan kekal dengan logik sendiri.
“Ada yang tak tahu brownies dan butter cake lagi sedap kalau dibuat sehari awal,” antara komen netizen.