info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Pelanggan dakwa jumpa banyak ulat dalam ayam 'butter', restoran beri penjelasan

Lead Image

SEKUMPULAN pelanggan terkejut apabila mendakwa menemui beberapa ekor serangga kelihatan seperti ulat dalam hidangan ayam 'butter' ketika menjamu selera di sebuah restoran di Geylang, Singapura.

Seorang pelanggan dikenali sebagai Ikaz berkata, kejadian berlaku ketika dia menikmati makan tengah hari bersama dua rakannya di premis tersebut yang terletak di Guillemard Road, Singapura.

Menurut laporan media, salah seorang rakan Ikaz mencelup roti nan ke dalam kuah ayam 'butter' lalu menyedari terdapat beberapa bendasing didakwa nampak seperti ulat. 

"Ketika sedang makan, kami mendapati bendasing kelihatan seperti beberapa ekor ulat kecil atau larva serangga dalam ayam 'butter'," katanya.

Penemuan bendasing itu segera dimkalumkan kepada kakitangan restoran.

Ikaz turut mendakwa jumlah ulat ditemui dalam kuah sajian itu terlalu banyak lantas memaklumkan perkara itu kepada kakitangan restoran sambil menunjukkan serangga berkenaan dan gambar diambil.

Bagaimanapun, Ikaz mendakwa kebimbangan mereka tidak mendapat respons diharapkan. 

Dakwa individu itu, kakitangan restoran memberitahu bendasing itu adalah sebahagian daripada bahan dalam hidangan.

MENARIK DIBACA: Jus rasa bawang dan cili? Hilangkan bau degil pengisar dengan 5 bahan ini

MENARIK DIBACA: Tak perlu guna racun serangga, serbuk kopi dan daun pandan cara mudah singkirkan kamitetep

Mereka turut cuba berjumpa dengan pihak atasan tetapi dimaklumkan pengurus tiada di premis.

Menurut Ikaz, restoran itu bagaimanapun tidak mengenakan bayaran untuk hidangan dinikmati mereka. 

Kumpulan pelanggan itu kemudian membuat laporan kepada Singapore Food Agency (SFA) pada hari sama kerana bimbang mengenai aspek kebersihan makanan dan keselamatan pelanggan.

Ketika dihubungi media tempatan, wakil restoran memohon maaf atas kejadian tersebut dan menjelaskan bahawa ia adalah sebuah premis terbuka, menyebabkan serangga berkemungkinan memasuki kawasan restoran. 

Pihak restoran memohon maaf dan memberikan bayaran balik penuh.

Pihak restoran mendakwa seekor serangga mungkin terjatuh ke dalam kuah ketika hidangan itu sedang menunggu untuk disajikan.

Pihak restoran turut menegaskan mereka menjaga kebersihan premis, menjalankan kerja kawalan makhluk perosak dua kali sebulan serta membuat pemeriksaan berkala di kawasan restoran.

Mereka mengakui bertanggungjawab atas kejadian itu, memohon maaf dan memberikan bayaran balik penuh kepada pelanggan.

Sementara itu, SFA memaklumkan pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut.

Pihak berkaitan turut mengingatkan bahawa keselamatan makanan merupakan tanggungjawab bersama. 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Nasi tambah kena caj, minta separuh atau suku harga sama... Logik harga makanan jadi bualan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Semakin banyak makmal buat daging tiruan! Hati-hati membeli, sukar nak beza antara asli dan buatan

Terhangat