info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

'Sedap' lihat peserta peragakan kostum tema makanan, Miss Universe Thailand meriah!

Lead Image

THAILAND sememangnya antara negara yang terkenal dengan pelbagai makanan lazat dan unik sehingga menjadi tarikan utama pelancong seluruh dunia.

Pad thai, tomyam, somtam, tom kha kai sehinggalah pulut mangga, makanan Thailand bukan sahaja terkenal kerana kaya rasa, malah turut menjadi sebahagian daripada identiti dan budaya negara berkenaan.

Tidak hairanlah apabila elemen makanan turut dijadikan inspirasi dalam acara Miss Universe Thailand 2026 (MUT 2026) yang berlangsung di Bangkok, Thailand.

Elemen pulut mangga (mango sticky rice) dan pedagang buah-buahan.

Antara yang mencuri tumpuan ramai ialah segmen Kostum Kebangsaan (National Costume) yang diadakan pada 18 Ogos lalu di MGI Hall, Bravo Bangkok.

Menariknya, edisi kali ini mengetengahkan tema 'Fruits & Food: Thailand Soft Power', dengan kesemua 77 peserta yang mewakili wilayah di seluruh Thailand tampil mempersembahkan busana yang mengangkat identiti makanan dan buah-buahan tempatan.

Antara busana yang mencuri perhatian ialah kostum yang diinspirasikan daripada pad Thai, sejenis mi yang cukup sinonim dengan negara itu.

Kostum diinspirasikan daripada tomyam dan mi beras Thai atau kanom jeen.

Pad Thai biasanya diperbuat daripada mi beras yang digoreng bersama bahan seperti telur, tauhu dan taugeh, sebelum dicampurkan dengan sos masam, manis dan masin. 

Hidangan itu lazimnya turut dihidangkan bersama kacang tanah yang ditumbuk dan hirisan limau nipis.

Selain itu, terdapat juga peserta yang tampil dengan busana berkonsepkan tomyam, antara hidangan Thailand yang paling dikenali di peringkat antarabangsa.

MENARIK DIBACA: Bawang putih berkulat undang risiko kanser, jangan teragak-agak nak buang

MENARIK DIBACA: Cara unik makan buah dabai, 'superfood' dari Borneo! Sekali makan mesti teringat-ingat

Tidak kurang menarik ialah kostum yang mengambil inspirasi daripada mi berasThai atau 'kanom jeen' yang biasanya dihidangkan bersama kuah kari atau sambal.

Pakaian unik peserta semakin mencuri perhatian apabila ada antara mereka menggayakan kostum yang mengangkat elemen buah-buahan tempatan seperti durian, manggis dan kelapa.

Penggunaan makanan sebagai tema busana ini sekali gus menjadikan segmen National Costume MUT 2026 kelihatan lebih berwarna-warni dan dekat dengan kehidupan masyarakat Thailand.

Kostum dengan elemen buah-buahan seperti kelapa, manggis dan durian turut mencuri perhatian.

Lebih menarik, penganjur menyifatkan konsep tersebut sebagai usaha mengetengahkan 'Thai soft power', dengan makanan dan buah-buahan tempatan digunakan sebagai medium untuk memperkenalkan identiti Thailand kepada penonton dari seluruh dunia.

Segmen National Costume itu juga merupakan antara acara utama sebelum peserta meneruskan saingan ke peringkat preliminary pada 20 Ogos, manakala pentas final Miss Universe Thailand 2026 dijadualkan berlangsung pada 23 Ogos 2026 di lokasi yang sama. 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Terhibur tengok gelagat Jebat Jayden nikmati timun, bawang dan kicap - "Nak jaga badan"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Ada muslim tak makan udang, sotong dan ketam sebab haram! Hukum berbeza ikut mazhab

Terhangat