info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Cabaran besar urus makanan di Piala Dunia FIFA 2026

Lead Image

DI sebalik kemeriahan Piala Dunia FIFA 2026 yang menghimpunkan jutaan penyokong dari seluruh dunia, jarang diketengahkan mengenai lambakan sisa makanan setiap kali tamat perlawanan.

Dengan 104 perlawanan berlangsung di tiga negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, operasi penyediaan makanan menjadi antara yang terbesar dalam sejarah kejohanan bola sepak dunia.

Ribuan biji burger, sandwic, piza, sosej serta pelbagai menu tempatan disediakan setiap hari bagi memenuhi permintaan penyokong.

Bagaimanapun penganjur tidak sekadar memberi tumpuan kepada aspek penyediaan makanan mencukupi.

Pihak penganjur FIFA 2026 turut beri tumpuan kepada pengurusan sisa makanan dan penggunaan pembungkusan mesra alam.

Mereka turut berusaha mengurangkan pembaziran makanan melalui perancangan jumlah hidangan, pemantauan jualan secara masa nyata dan kerjasama dengan pembekal makanan.

Menurut pakar kelestarian sukan, penggunaan data dan teknologi membolehkan jumlah makanan yang disediakan diselaraskan mengikut kapasiti stadium, jumlah tiket terjual serta corak pembelian penyokong pada setiap perlawanan.

MENARIK DIBACA: [V] Jarang nasi lemak kedai mamak sedap, ayam krup krup dan sambal restoran ini memang mengancam!

MENARIK DIBACA: Mantap cendawan goreng petai, aromanya buat perut kenyang jadi lapar

Pendekatan itu dipercayai dapat membantu mengelakkan lebihan makanan dalam skala besar.

Selain itu, FIFA turut menggalakkan penggunaan pembungkusan boleh dikompos atau dikitar semula di kawasan stadium, sekali gus mengurangkan jumlah sisa  dihantar ke tapak pelupusan.

Di beberapa lokasi, sisa makanan turut diasingkan untuk dikomposkan atau diproses mengikut sistem pengurusan sisa tempatan.

Penganjur juga bekerjasama dengan rakan tempatan bagi memastikan pengurusan makanan dilakukan secara lebih mampan.

Ini termasuk usaha memperkemaskan logistik, mengoptimumkan penyimpanan bahan mentah dan mengurangkan makanan yang terbuang sebelum sempat dijual.

Bagi pakar industri makanan, kejohanan berskala mega seperti Piala Dunia bukan lagi sekadar mengenai menyediakan makanan dalam kuantiti besar.

Sebaliknya, kejayaan diukur melalui keupayaan mengimbangi permintaan tinggi dengan pengurusan sisa cekap serta penggunaan sumber secara bertanggungjawab.

Pendek kata, di sebalik sorakan gol dan kemeriahan penyokong di stadium, satu lagi ‘perlawanan’ sedang berlangsung di belakang tabir iaitu memastikan setiap hidangan disediakan berakhir tanpa pembaziran.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

'Padah' pesan 'lamb chop' RM48 dari kedai tomyam, sekali pandang macam kelawar

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Indonesia mohon Unesco iktiraf 'Budaya Tempe', netizen pelik nama Malaysia kena 'petik'

Terhangat