KUALI | Sajian Warung

[V] Jarang nasi lemak kedai mamak sedap, ayam krup krup dan sambal restoran ini memang mengancam!

Lead Image

BUAT mereka yang tinggal di sekitar Petaling Jaya, Selangor, sudah tentu mengenali restoran mamak di kenali sebagai Restoran Al-Ehsan.

Restoran yang terletak di No. 17, Jalan 20/14, Taman Paramount itu tiada bezanya dengan kebanyakan restoran mamak yang terdapat di tempat-tempat lain.

Cuma di Restoran Al-Ehsan, anda boleh menikmati hidangan berupa nasi lemak yang dipanggil Nasi Lemak Ayam Kruk Kruk.

Sambal nasi lemak yang tidak terlalu pedas membolehkan penggemar nasi lemak menikmati hidangan mereka dengan 'tenang'.

Apa yang membezakan Nasi Lemak Ayam Kruk Kruk dengan hidangan nasi lemak ayam yang ada di tempat lain?

Sudah tentu perbezaannya adalah dari segi rasa, terutama ayam goreng rangup yang dihidangkan.

Kuali yang berkesempatan menikmati hidangan Nasi Lemak Ayam Kruk Kruk selepas diperkenalkan oleh seorang kenalan mengakui keenakan bukan sahaja pada ayam goreng yang dihidangkan, tetapi juga sambalnya.

MENARIK DIBACA: Berguling-guling menahan sakit gigi, boleh cuba kumur air kunyit 

MENARIK DIBACA: Makanan Malaysia tempat pertama paling lazat di Expo Gourmet Osaka

Nasi Lemak Ayam Kruk Kruk kelihatan sama sahaja dengan kebanyakan nasi lemak ayam yang lain. 

Tapi percayalah, rasa dan aroma Nasi Ayam Kruk Kruk ini memang luar biasa. Nasi yang dihidangkan cukup berlemak dengan haruman santan.

Sambalnya pula tidak terlalu pedas, boleh dinikmati oleh semua orang.

Nasi Lemak Ayam Kruk Kruk di Restoran Al-Ehsan, Taman Paramount, Petaling Jaya atau di cawangan terbaharu mereka di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Paling mencuri tumpuan, Nasi Lemak Ayam Kruk Kruk dihidangkan bersama ayam goreng yang ditaburi dengan keraknya.

Bila dikunyah, terasa kerangupan kerak ayam yang digigit. Maka, tidak hairanlah nasi lemak tersebut digelar Nasi Lemak Ayam Kruk Kruk.

Kalau anda tidak percaya, boleh rasai sendiri keenakan Nasi Lemak Ayam Kruk Kruk di Restoran Al-Ehsan yang Taman Paramount, Petaling Jaya atau di  cawangan terbaharu ereka di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sajian Warung

[V] Gebu bukan main, harga bajet rasa premium

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sajian Warung

[V]Tak padan dengan gerai tepi jalan, keenakan sup utara di tengah bandar Seremban level restoran

Terhangat