KUALI | Dunia

3 maut, 2 rakyat Singapura kini dikuarantin... Ini fakta, simptom hantavirus anda perlu tahu

Lead Image

DUNIA dikejutkan dengan laporan tiga individu maut di sebuah kapal persiaran akibat wabak dikenali sebagai hantavirus.

Kes pertama dilaporkan pada 11 April lalu dan sehingga kini, lapan individu terdiri daripada anak kapal serta penumpang dipercayai telah dijangkiti virus tersebut.

Situasi itu disahkan pengendali kapal dari Belanda, Oceanwide Expeditions yang memaklumkan berlaku 'situasi perubatan serius' di atas kapal MV Hondius ketika dalam pelayaran dari Argentina ke Cape Verde.

Dalam pada itu, Agensi Penyakit Berjangkit (CDA) turut melaporkan dua rakyat Singapura yang berlayar dalam kapal sedang menjalani ujian saringan hantavirus selepas disyaki terdedah kepada wabak tersebut.

Kedua-duanya kini telah diasingkan di National Centre for Infectious Diseases (NCID) sementara menunggu keputusan ujian.

Hantavirus dibawa oleh tikus liar.

Susulan kejadian itu, ramai mula tertanya-tanya tentang bahaya hantavirus dan bagaimana ia boleh menjangkiti manusia.

Menurut World Health Organization (WHO), hantavirus ialah virus bawaan tikus yang boleh menjangkiti manusia melalui air kencing, najis atau air liur haiwan tersebut.

Ringkasnya, ini fakta anda perlu tahu:

  • Hantavirus dibawa oleh tikus liar.
  • Jangkitan boleh berlaku apabila seseorang tersedut habuk yang tercemar dengan najis atau air kencing tikus.
  • Simptom awal seperti demam biasa, sakit kepala, sakit badan, loya dan muntah.
  • Dalam kes serius, pesakit boleh alami sesak nafas dan kegagalan organ.
  • Setakat ini belum ada vaksin atau ubat khusus untuk merawat hantavirus.
  • Rawatan hanya diberikan untuk mengurangkan simptom dan membantu fungsi organ pesakit.
  • Tempoh inkubasi boleh mencecah satu hingga enam minggu, sebab itu ia sukar dikesan awal.
  • Virus ini mendapat nama daripada Sungai Hantan di Korea Selatan semasa Korean War

MENARIK DIBACA: Saintis beri amaran jangkitan virus baharu dari 'seafood', mangsa alami sakit mata kronik

MENARIK DIBACA: Anak buntu ibu sering anggap makanan rosak masih elok - "Daging busuk dia buat rendang"

Langkah pencegahan hantavirus:

  • Simpan makanan dalam bekas bertutup rapat supaya tidak dicemari tikus
  • Jangan makan makanan yang terdedah atau telah digigit tikus
  • Elakkan makanan yang disimpan di kawasan lembap, gelap atau stor lama
  • Basuh bahan mentah dengan bersih sebelum dimasak
  • Pastikan dapur bebas sisa makanan yang boleh menarik tikus datang
  • Air, minuman dan makanan perlu dilindungi daripada pencemaran habuk atau najis tikus

Ketua Kesiapsiagaan Epidemik WHO, Maria Van Kerkhove berkata, risiko kepada orang awam masih dianggap rendah, namun siasatan lanjut tetap dijalankan bagi mengenal pasti punca jangkitan.

Dalam masa sama, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan persekitaran dan mengelakkan kawasan yang berisiko tercemar dengan najis tikus.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Ibu risau berat bayi tak naik-naik masa umur 9 bulan! Syukur keju jadi penyelamat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

Abang bomba ikut isteri ke luar negara, dari tak pandai masak kini handal kendali dapur restoran di UK

Terhangat