Ramai mula prep stok makanan, wanita luah kebimbangan takut terlalu santai… “Perlu ke panik?”
KEADAAN ekonomi global yang dijangka tidak menentu membuatkan ramai mula berjaga-jaga dalam menguruskan perbelanjaan dan keperluan harian.
Malah di media sosial, semakin ramai berkongsi tentang persediaan awal seperti menyimpan stok makanan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku sebarang krisis ekonomi atau gangguan bekalan.
Situasi itu turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan sesetengah individu yang tertanya-tanya sama ada mereka juga perlu melakukan perkara sama.

Seorang wanita dikenali sebagai Unspoken Curhat di Threads tampil meluahkan persoalannya mengenai isu tersebut.
Menurutnya, dia tidaklah terlalu panik namun mengakui sedikit bimbang apabila melihat ramai pengguna media sosial berkongsi tentang persediaan menyimpan makanan.
MENARIK DIBACA: Suami jangan tahu mengarah jer! Guna cara halus ini, isteri memang ‘auto’ rajin ke dapur
MENARIK DIBACA: [V] Wanita terberanak dalam kereta ketika makan kurma, rupanya ramai ibu makan tamar nak mudah bersalin
“Semua orang tengah sibuk fasal prep foods (persediaan simpan makanan) jika ekonomi Malaysia terkesan.
“Saya taklah panik sangat, cuma risau jugalah sebab ramai pula kongsi dah mula persediaan prepping,” tulisnya.
Tambah wanita itu lagi, dia bimbang jika dirinya terlalu santai berbanding orang lain yang sudah mula membuat persediaan awal.

“Takut saya yang santai sangat pula. Duit pula tengah tak ‘ramai’ (banyak),” katanya lagi.
Dalam masa sama, dia turut mempersoalkan sama ada persediaan menyimpan makanan untuk tempoh singkat seperti seminggu hingga dua minggu sudah mencukupi.
“Kalau prep (sedia) untuk 7 hingga 14 hari je tak boleh ke?
“Sekurang-kurangnya tunggu pengumuman dari kerajaan kemudian mula persediaan simpan makanan,” kongsinya lagi.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial berkongsi pandangan masing-masing mengenai keperluan menyimpan stok makanan.
Ada yang berpendapat persediaan sederhana seperti menyimpan bekalan asas untuk beberapa hari sudah memadai, manakala sebahagian lain mengingatkan supaya tidak terlalu panik sehingga membeli secara berlebihan.
Pada masa sama, ramai turut menasihatkan agar setiap individu membuat perancangan kewangan dan pembelian mengikut kemampuan masing-masing tanpa perlu terpengaruh dengan trend di media sosial.

“Buat mana mampu kalau tak banyak, sikit. Kalau nak senang sikit bab makan rte (ready to eat). Saya pun masih cari rte sedap dan kena dengan tekak, luar negara sentiasa prep untuk cuaca sana.
“Makanan tak sangat, ubat-ubatan, susu anak, lampin anak tu akan mahal. Kita tak perang bom sana sini tapi kita perang ekonomi. Harga barang akan naik.
“Kalau mampu, prep buat persediaan. Kalau tidak mampu, rajin berpuasa lepas Ramadan nanti. Biasakan diri perut kosong sebab kalau terkesan ekonomi berpanjangan, stok banyak pun akan habis,” komen netizen.