Isteri sebelum subuh bangun masak bekal, suami tergamak buang dalam tong sampah - “Dia masak tak sedap”
TATKALA lelaki lain bangga apabila dapat menikmati bekal makanan yang disediakan oleh isteri di tempat kerja, lain pula ceritanya dengan seorang lelaki ini.
Lebih mengecewakan, bekal makanan yang dibawa setiap hari bukan sahaja tidak dijamah, malah ada kalanya terus dibuang dek tidak menepati seleranya.
Perkara ini dikongsi seorang individu yang dipercayai teman sekerja lelaki itu menerusi laman Threads.

"Officemate aku ni selalu bawa bekal, tapi malangnya isteri dia masak tak sedap. Disebabkan tak sedap, di tak makan dan kadang dia buang.
"Isteri dia bekalkan wife fast food macam nuget, fries dan sosej tapi officemate aku ni tak suka," katanya.
Keadaan itu menimbulkan rasa serba salah dalam kalangan rakan sekerja yang mengetahui perkara itu, apatah lagi melihat makanan dibazirkan begitu saja.
Namun dia juga sedar dilema yang dihadapi si suami yang bimbang jika kejujurannya nanti bakal melukakan hati si isteri.
MENARIK DIBACA: Perkahwinan 25 tahun musnah, isteri kecewa suami makan kek keju miliknya tanpa izin
MENARIK DIBACA: Suami jangan tahu mengarah jer! Guna cara halus ini, isteri memang ‘auto’ rajin ke dapur
"Macam mana nak beritahu jangan buatkan bekal lagi tanpa bini dia terasa? Aku kesian tengok makanan dibuang. Nak makan pula betul-betul tak sedap," ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat si suami sepatutnya berterus terang dan berbincang dengan isteri secara baik tentang selera makanan masing-masing agar tidak timbul salah faham.
Ada pula yang menasihatkan supaya suami lebih menghargai niat isteri, walaupun masakannya kurang sedap, kerana bekal itu dibuat dengan kasih sayang.