KUALI | Trending

Boleh jadi racun pada tubuh, doktor perjelas sebab makan buah kena buang bijinya

Lead Image

BUAH-BUAHAN dan sayuran segar kaya dengan nutrisi dan memberi banyak manfaat untuk tubuh badan manusia.

Tetapi ada pula segelintir daripada kita yang akan menelan biji buah-buahan tanpa membuangnya terlebih dahulu terutamanya yang bersaiz kecil. 

Namun, tahukah anda biji buah serta beberapa bahagian tumbuhan lain sebenarnya mengandungi anti-nutrien berbahaya?

Menurut perkongsian seorang doktor perubatan baru-baru ini, memakan buah tanpa membuang biji boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan.Dr Razin Jaafar

MENARIK DIBACA: Cara buat pulut tetal rupanya tak susah, cicah dengan kaya pandan memang sedap!

MENARIK DIBACA:  Helah mudah kurangkan ketagihan hisap vape, kunyah gula-gula getah pudina pilihan terbaik

Dr Razin Jaafar berkongsi, anti-nutrien iaitu sejenis bahan kimia semula jadi dihasilkan oleh tumbuhan berfungsi sebagai mekanisme pertahanan.

Walaupun ia membantu tumbuhan bertahan, pengambilan secara mentah tanpa membuang biji atau berlebihan boleh memberi kesan kurang baik kepada tubuh manusia.

Berikut adalah beberapa anti-nutrien yang terkandung dalam biji buah tertentu yang berbahaya jika dimakan:

Lectin yang terkandung dalam biji tomato berisiko menyebabkan keradangan dalam badan atau usus.

1. Lectin (molekul 'pelekat' tumbuhan) 

Lectin banyak terkandung dalam biji tomato, cili, kekacang, gandum dan kacang merah. 

Bahan ini boleh mengikat dinding usus yang berpotensi menyebabkan keadaan dikenali sebagai usus bocor. 

Selain itu, ia juga boleh mengaktifkan sistem imun secara berlebihan dan menyebabkan keradangan senyap dalam badan. 

Lectin turut boleh mengganggu penyerapan nutrien dan bagi sesetengah individu sensitif, ia boleh mencetuskan penyakit autoimun.

Asid phytic dalam buah laici adalah rendah berbanding sayuran jenis kekacang dan bijirin.

2. Asid Phytic (pengunci mineral)

Phytate banyak ditemui dalam biji, kekacang, bijirin, dedak dan kacang. 

Bahan ini mengikat mineral penting seperti zink, besi, magnesium dan kalsium sekaligus mengurangkan keberkesanan penyerapan nutrien. 

Pengambilan phytate yang tinggi secara berterusan boleh menyumbang kepada kekurangan mineral badan dalam jangka panjang.

Bahan oxalate yang terkandung dalam cili boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang.

3. Oxalate (kristal pertahanan)

Oxalate banyak terdapat dalam bayam, daun bit, kacang, tomato dan cili. 

Bahan ini boleh bergabung dengan kalsium dan menyumbang kepada pembentukan batu karang. 

Selain itu, ia juga boleh menyebabkan iritasi pada usus dan saluran kencing dan bagi sesetengah individu, ia boleh menyumbang kepada sakit sendi.

Kandungan saponin banyak ditemui dalam kacang soya.

4. Saponin (sabun biologi tumbuhan)

Saponin banyak ditemui dalam kekacang, bijirin quinoa dan kacang soya. 

Ia boleh merosakkan membran sel usus dan meningkatkan kebolehtelapan usus sekaligus menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman.

Kandungan tannin banyak ditemui dalam buah anggur.

5. Tannin (penghalang pencernaan)

Tannin banyak terdapat dalam teh, kopi, anggur dan biji buah. 

Ia mengikat protein dan enzim yang boleh mengganggu proses pencernaan dan mengurangkan penyerapan zat besi dalam badan.

Kacang pis mengandungi protease inhibator iaitu sejenis bahan yang menganggu pencernaan dan penyerapan asid amino.

6. Protease inhibitors (sabotaj pencernaan)

Protease inhibitors banyak terdapat dalam buah betik, kekacang, soya dan bijirin. 

Bahan ini menghalang enzim yang bertanggungjawab mencerna protein seterusnya membebankan pankreas dan mengurangkan penyerapan asid amino.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Pemilik Sugar and I hampir putus asa, bomboloni jadi ‘penyelamat’ ketika pandemik

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Ada kisah di sebalik kewujudan ‘Michelin Star’, asalnya strategi jual tayar

Terhangat