KUALI | Trending

Ada kisah di sebalik kewujudan ‘Michelin Star’, asalnya strategi jual tayar

Lead Image

BAGAIMANA sebuah syarikat pengeluar tayar boleh menentukan restoran terbaik dalam dunia?

Mungkin kedengaran pelik, tetapi segalanya bermula apabila jenama terkenal, Michelin tampil dengan strategi pemasaran untuk meningkatkan jualan tayar mereka.

Pada awal abad ke-20, syarikat yang terkenal dengan mascot ikonik Michelin Man itu mencipta buku panduan 'Michelin Guide' untuk mengalakkan orang ramai memandu lebih jauh.

Meski lebih seabad berlalu, michelin masih mengeluarkan buku panduan mengikut tradisi.

Idea ini dianggap genius kerana semakin jauh orang memandu, semakin cepat tayar menjadi haus, sekali gus meningkatkan permintaan untuk tayar baharu.

Dalam buku panduan itu, mereka tidak sekadar menyenaraikan hentian menarik sepanjang perjalanan tetapi juga tempat makan yang sedap.

Malah cadangan restoran itu lengkap dengan sistem bintang untuk membantu pemandu memilih tempat terbaik.

MENARIK DIBACA: 4 hidangan warisan ini ada sejarahnya, nasi lemak direkodkan dalam buku terbitan British

MENARIK DIBACA: ‘Corncong’ buat ramai tak kering gusi, jagung bakar dibalut macam pocong

Sistem yang diperkenalkan bermula daripada satu hingga tiga bintang.

Bagi restoran dengan satu bintang, ia dikelasifikasikan sebagai berbaloi untuk disinggah.

Manakala dua bintang pula, ia restoran berbaloi untuk membuat lencongan khas.

    Michelin menyenaraikan tempat makan sedap dalam buku panduan.

    Tiga bintang pula adalah restoran yang khusus untuk perjalanan khas demi menikmati sajian istimewa.

    Sejak itu, Michelin Star menjadi ukuran global bagi kualiti restoran dan simbol status tertinggi dalam dunia kulinari.

    Bahkan, walaupun lebih seabad berlalu, Michelin masih terus mengluarkan buku panduan mereka bagi mengekalkan tradisi dand standard sama.

    bell-light

    Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

    ARTIKEL SEBELUM
    KUALI | Trending

    Boleh jadi racun pada tubuh, doktor perjelas sebab makan buah kena buang bijinya

    ARTIKEL BERIKUT
    KUALI | Trending

    ‘Corncong’ buat ramai tak kering gusi, jagung bakar dibalut macam pocong

    Terhangat