KUALI | Trending

Humus makanan vegan kegemaran dunia, ketoprak dari Indonesia masuk senarai 10 terbaik

Lead Image

NEGARA di Asia tidak hanya terkenal kerana keindahan landskap dan keunikan budaya tetapi juga kulinari yang kaya dengan pelbagai rasa dan pilihan.

Maka tidak hairan, ramai pelancong dari seluruh dunia gemar melancong ke negara Asia kerana keistimewaan itu termasuk bagi mereka yang mengamalkan diet vegan.

Perkara ini disahkan oleh pangkalan data dan panduan kulinari global, TasteAtlas, yang menyenaraikan Top 100 Vegan Dishes in Asia (2025) berdasarkan penilaian pengguna dari seluruh dunia.

 Menu Fattoush berada di kedudukan kedua tertinggi mendapat sambutan global.

Senarai ini membuktikan bahawa makanan vegan tidak membosankan seperti sering dibayangkan sebaliknya setiap hidangan menampilkan kreativiti dan keaslian kulinari mampu memikat selera.

Ia merangkumi hidangan dari pelbagai negara dari Timur ke Barat Asia sesuai untuk individu gemar bereksperimen dengan rasa tanpa mengorbankan kesihatan.

Makanan mesra vegan yang paling popular adalah hummus dari Arab yang menggunakan kacang dengan tahini, bertambah lazat apabila dinikmati dengan roti pita atau sayuran segar.

MENARIK DIBACA: [V] Burasak dan lepat lui juadah Bugis ‘rare’… Cicah dengan rendang ayam daun maman memang mantap!

MENARIK DIBACA: Saffron rempah paling mahal di dunia, khasiatnya jadi buruan… Mampu atasi kemurungan

Lagi sedap kalau ia ditambah dengan minyak zaitun, lemon dan bawang putih, memberikan aroma membuka selera.

Salad tradisional fattoush dari Lubnan yang menyegarkan dengan sayur-sayuran seperti tomato, timun, paprika dan roti pita panggang berada di tempat kedua.

Antara hidangan lain yang masuk dalam senarai termasuklah atsuage dari Jepun menjadi kegemaran ramai kerana rasanya enak.

Mayak Gimbap dari Korea Selatan berada di tempat ketujuh tertinggi.

Mayak Gimbap dari Korea Selatan pula turut dipilih antara menu vegan terbaik dunia.

Resipi gulungan nasi dengan sayur, rumput laut, lobak merah ini mudah dijadikan snek ringan atau hidangan utama.

Tidak kurang hebat, menu vegan dari Indonesia, ketoprak yang menggabungkan lontong atau bihun, tauhu, sayuran, tauge, timun dan sos kacang mudah, penuh serat dan protin turut menjadi kegemaran.

 Ketoprak menggabungkan lontong atau bihun, tauhu, sayuran dan tauge turut mendapat perhatian penggemar vegan Asia.

Vegan Pho, sup mi dengan cendawan dari Vietnam serta Zeytoon Parvardeh, salad masam manis dari Iran turut menjadi kegemaran masyarakat Asia.

Kesemua sajian ini menonjolkan karakter tersendiri menerusi rasa dan tekstur dari bahan-bahan semula jadi.

Bagaimanapun, tiada makanan vegan dari Malaysia yang lolos dalam senarai tersebut.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Setahun tutup akibat salah faham, ‘port’ makan durian belakang pasar Taman Tun kembali beroperasi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Konsep pasar raya percuma di Kanada jadi contoh, pelanggan kurang bernasib baik bebas pilih barang keperluan

Terhangat