KUALI | Sajian Warung

[V] Versi nasi bujang Indonesia? Nasi gultik cuma RM3 tapi memang menjilat jari, tak puas sepinggan!

Lead Image

SELAIN bakmie (mi ayam), bakso dan ayam penyet, nasi gultik juga menjadi antara juadah wajib anda cuba jika berkunjung ke Indonesia, khususnya di kawasan sekitar Jakarta.

Jika di Malaysia ada menu seperti nasi bujang untuk mereka yang ingin berjimat-cermat menjelang hujung bulan, nasi gultik boleh dianggap  juadah mirip seperti nasi bujang kerana dijual pada harga murah untuk golongan kelas menengah dan bawah.

Bezanya, nasi bujang di Malaysia dihidangkan bersama telur dadar, sup kosong, beberapa hiris timun dan sambal belacan, nasi gultik pula  dihidangkan bersama gulai daging serta keropok dalam kuantiti kecil.

Kuali yang berkesempatan berkunjung ke Jakarta baru-baru ini tidak melepaskan peluang mencuba sendiri hidangan nasi gultik ketika berada  di kawasan Blok M Plaza, Jakarta Selatan.

Harganya yang murah iaitu sekitar RM2.65 hingga RM3.85 sepiring menjadikan nasi gultik pilihan warga kota di Jakarta.

Terdapat beberapa fahaman tentang nasi gultik. Ketika berbual dengan pemandu supir dikenali sebagai Zulfar, dia memberitahu nasi gultik  membawa maksud nasi gulai itik.

Namun menurut laman Portal Informasi Indonesia, nasi gultik sebenarnya membawa maksud nasi tikungan iaitu merujuk lokasi penjualan nasi gultik yang banyak dijual oleh pedagang kaki lima di pinggir jalan.

Walaupun makanan khas dari Jakarta itu kelihatan cukup sederhana, namun harganya yang murah tetap enak menjadikan nasi gultik diburu oleh warga Jakarta, terutama anak-anak muda pada waktu malam.

MENARIK DIBACA: Tauhu cireng semakin popular di Malaysia, resipi Kak Yatie memang buat tak berhenti mengunyah

MENARIK DIBACA: Keropok lekor antara 3 snek masuk senarai worst-rated dunia, roti jala pula dianggap hambar

Nasi gultik atau gulai tikungan dibuat daripada daging lembu dan dimasak gulai santan kuning. Rasanya tidak kalah enak dan kaya dengan  rasa bumbu kunyit dan jintan.

Kekurangannya cuma satu iaitu kuantitinya sangat sedikit. Untuk sepinggan nasi gultik hanya memerlukan tiga hingga empat kali suapan sahaja.

Tapi bagi warga tempatan yang berkemampuan, mereka biasanya menikmati antara tiga hingga lima piring nasi gultik seorang untuk betul-betul kenyang.

Sesuai dengan kuantitinya, nasi gultik dijual antara 10.000 rupiah (RM2.65) hingga 15.000 rupiah (RM3.85) sepiring mengikut lokasi pedagang.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sajian Warung

[V] Rupanya pucat dan rasanya hambar! Cicah dengan sambal ‘berapi’ baru tahu kehebatan sate taichan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sajian Warung

Aiskrim santan resipi tradisional dengan sentuhan moden mengimbau nostalgia!

Terhangat