info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Hotel

Nasi linopot, jeruk tuhau dan ambuyat di tengah KL! Peluang 'kaki makan' nikmati sajian autentik Sabah

Lead Image

SELALUNYA kalau berkunjung ke restoran atau bufet bertemakan sajian asli Sabah, pasti ramai menganggap ia hanya akan dikunjungi oleh masyarakat dari negeri itu sahaja.

Ternyata tanggapan tersebut kurang tepat kerana bufet 'Flavour of Sabah Kaamatan' yang menyajikan aneka sajian tradisional Sabah berjaya menarik perhatian pencinta makanan dari seluruh Malaysia.

Bufet eksklusif di Kampung Kitchen, Ibis KLCC ini disediakan oleh barisan cef dari The Native Cafe yang diterbangkan khas dari Sabah sempena sambutan Pesta Kaamatan.

Aneka makanan autentik yang tersedia bukan sahaja mengubat kerinduan anak Sabah di ibu kota malah turut membuka peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk berkenalan dan mencuba sendiri keistimewaan sajian autentik negeri di bawah bayu.

Antara sajian istimewa yang ada di sini sudah tentulah nasi linopot yang dihasilkan daripada Beras Bario dan terkenal dengan kandungan kanji yang lebih rendah.

Menu yang dihidang mengubati kerinduan anak Sabah terhadap cita rasa negeridi bawah bayu itu.

Selain itu, Daging Masak Tuhau Asam Pedas Sabah juga antara hidangan yang wajib dicuba kerana rasanya cukup berbeza dengan asam pedas di semenanjung.

Kuahnya mempunyai aroma tersenditi dengan rasa masam pedas yang cukup menyelerakan. Daging pula dimasak lembut dan sebati dengan rempah.

Sabah juga cukup terkenal dengan hidangan makanan lautnya, jadi tidak lengkap rasanya jika tidak menikmati ikan basung goreng yang menjadi antara menu popular masyarakat di negeri itu.

Jika ke sini pengunjung jangan lepaskan peluang menikmati ambuyat sepuas hati yang diperbuat daripada tepung sagu dan dimakan bersama sup pinasakan iaitu sup ikan masam.

MENARIK DIBACA: Sejarah Gardenia bermula di Sabah, teknik fermentasi dan 'rehat' rahsia roti lembut

MENARIK DIBACA: Kenapa mi goreng Sabah berbeza? Ini resipi asli untuk anda cuba

Bagi pencinta jeruk pula, Sabah sememangnya terkenal dengan pelbagai pilihan jeruk tradisional seperti jeruk tuhau dan jeruk bambangan.

Tuhau merupakan sejenis halia liar yang banyak ditemui di hutan Sabah dan mempunyai rasa serta aroma yang cukup kuat, sedikit pedas dan menyegarkan.

Kalau ada yang mahu mencuba hidangan lain pun tidak perlu risau kerana bufet ini menawarkan pelbagai pilihan lauk pauk, pencuci mulut serta pencuci mulut lain hingga rambang mata dibuatnya.

Lokasi: Kampung Kitchen, Ibis KLCC

Tempoh promosi: 17 Mei - 31 Mei 2026

Untuk tempahan, sila hubungi: 603-2778 3388

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Hotel

'Fine dining' halal di Nu Er Hong, angkat sajian warisan masyarakat pesisir China dalam era baharu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Hotel

Lambaian Ramadan cetus gabungan hidangan moden dan tradisional dengan aneka pilihan makanan

play

Terhangat