info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Hotel

'Fine dining' halal di Nu Er Hong, angkat sajian warisan masyarakat pesisir China dalam era baharu

Lead Image

DI Malaysia bukan senang nak temui restoran yang menyajikan makanan Cina halal dan masih mengekalkan sepenuhnya tradisi kulinari dari China.

Kebanyakan restoran akan membuat penyesuaian dari segi teknik memasak bagi mengikut cita rasa tempatan sehingga hilang rasa aslinya, malah dalam keadaan tertentu sejarah di sebalik hidangan juga lenyap.

Restoran Nu Er Hong di Pullman Kuching tampil menghidupkan semua tradisi masyarakat di China dengan mengangkat warisan budaya pesisir Zhejiang, Fujian dan Guangdong dengan menawarkan pengalaman makan tersendiri.

Apa yang membuatkan konsep ini menarik adalah bagaimana tiga wilayah besar dalam dunia kulinari China itu diterjemahkan dalam satu ruang makan. 

Pullman Kuching menghidupkan semua tradisi dengan mengangkan warisan budaya China.

Zhejiang dengan sentuhan rasa yang seimbang dan halus, Fujian dengan kekayaan sup serta teknik rebusan yang penuh lapisan rasa dan Guangdong yang menekankan kesegaran bahan serta keaslian rasa.

Menurut Pegurus Besar Pullman Kuching, Sunardi Song, restoran yang dibina sebagai ruang 'House of Harmony' dan 'Table for Milestones' bukan sekadar menawarkan hidangan berkualiti tetapi turut menjadi sebahagian daripada detik bermakna.

"Ini adalah tempat di mana kemewahan global bertemu warisan tempatan, di mana integriti halal bertemu seni kulinari pesisir China, dan di mana setiap hidangan menjadi satu detik bersejarah. 

"Ketika Sarawak terus berkembang sebagai destinasi utama perniagaan dan pelancongan, Nu Er Hong bersedia menyambut dunia ke meja kami," katanya.

MENARIK DIBACA: Minum petang ala VIP hanya RM100 di Hotel AnCasa, 10 jenis dessert memang puas hati

MENARIK DIBACA: Nasi linopot, jeruk tuhau dan ambuyat di tengah KL! Peluang 'kaki makan' nikmati sajian autentik Sabah

Pengalaman menjejakkan kaki ke dalam restoran ini terasa bagai kembali merentas zaman dengan dekorasi yang diinspirasikan dari Laluan Sutera Maritim.

Sebagai restoran sajian Cina 'fine dining' yang disahkan halal, Nu Er Hong menawarkan ruang makan selesa bersama bilik-bilik privasi yang sesuai untuk meraikan pelabgai majlis keramaian mahupun makan malam korporat.

Di bawah pimpinan Cef Charles, antara menu istimewa yang dihidangkan ialah itik panggang Nu Er Hong, braised two-headed supreme abalone dan ikan kod char siu bakar.

Untuk tempahan, sila hubungi Nu Er Hong di 019-889 7692

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Hotel

Bufet durian premium, buah-buahan tropika di Genting Highlands... Sajian tengah hari, makan malam pun ada!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Hotel

Nasi linopot, jeruk tuhau dan ambuyat di tengah KL! Peluang 'kaki makan' nikmati sajian autentik Sabah

Terhangat