KUALI | Bufet

Minum petang ala VIP hanya RM100 di Hotel AnCasa, 10 jenis dessert memang puas hati

Lead Image

KALAU berjalan-jalan sekitar Chinatown, Kuala Lumpur dan ingin mencari pengalaman minum petang memberikan cita rasa asli tempatan, AnCasa Hotel Kuala Lumpur adalah tempatnya.

Terletak strategik di tengah hiruk-pikuk bandar, hotel itu menawarkan suasana minum petang cukup nyaman sambil menikmati suasana tengah kota. 

Set pilihan minum petang istimewa bulan ini, Tea BITES, menggabungkan 10 jenis kudap-kudapan bersama kuih muih dan kek popular bersaiz mini, menjadi sesi berehat lebih bermakna.

Set minum petang itu juga disediakan dengan teliti bagi memberi peluang kepada pelanggan merasai setiap satu keunikan dan keenakan kudap-kudap dihidangkan dengan penuh rasa Asia. 

Antara menarik adalah kuih lapis dipotong mini, setiap lapisannya lemak dengan rasa santan, karipap inti kentang ranggup diluar.

Ada juga pemanis mulut ala Perancis, cream puff gebu dan cair dimulut dan kek coklat gebu dihiasi comel dengan buah ceri sebagai penambah selera.

MENARIK DIBACA : Kecomelan Luk Chup cetus fenomena, miniature buah-buahan dan sayuran inti kacang hijau tarik perhatian

MENARIK DIBACA : Ada berani nak cuba nasi beriani landak? Nasi lemak unta pun ada di Marican Bistro

Set itu juga dilengkapi dengan dua cucuk satay masing-masing ayam dan daging bahkan kuah kacang turut diselitkan sebagai pelengkap rasa. 

Turut menarik perhatian adalah sandwich bersaiz kecil berkonsepkan lokal dan kepak ayam goreng rangup memberikan kelainan pada set minum petang ditawarkan. 

Ditambah pula dengan padanan teh kosong panas menjadi sesi minum petang cukup mewah hanya dengan harga RM100 seorang. 

Penggemar kopi juga dihidangkan dengan secawan kopi panas kaya dengan aroma menggoda dan paling menarik kedua-dua minuman itu boleh ditambah secara percuma untuk satu kali.

Bukan itu sahaja, AnCasa Hotel Kuala Lumpur turut menyediakan kombinasi sajian makan tengah hari autentik.

Sepanjang Ogos 2025, pelanggan datang makan tengah hari di hotel itu akan dikejutkan dengan keunikan rasa set makan tengah hari, Nasi Goreng Nelayan.

Set nasi goreng itu didatangkan bersama semangkuk makanan laut segar sarat dengan udang goreng tempura, sotong dan baby crab goreng tepung serta kupang, menjadikan sesi makan untuk dua orang bertambah menyelerakan.

Tambahkan pula, padanan sos cicah seperti tartar dan sambal resipi istimewa oleh Chef Mohd Faizal Abd Wahid, membangkit lagi selera. 

Bukan itu saja, bagi penggemar sajian utara, ada juga set makan tengah hari Asam Pedas Ekor disediakan Chef Mohd Faizal turut mendapat pujian ramai. 

Menggunakan resipi keluarga, asam pedas menggunakan resipi keluarga cef itu dimasak dengan kuah pekat, seimbang antara pedas dan masam. 

Tambahan ubi kentang dalam asam pedas itu juga memekatkan lagi kuah selain penggunaan bahan seperti daun kesum dan serai menggoda selera. 

Daging ekor lembu dimasak perlahan sehingga benar-benar lembut, mudah luruh dari tulang hanya dengan sentuhan garpu. 

Sajian klasik dari Selatan tanah air itu juga enak dimakan bersama nasi putih kosong panas, ulam-ulaman dan sambal belacan.

Untuk tempahan lanjut boleh hubungi 03-20266060

Lokasi: Ancasa Hotel Kuala Lumpur, Chinatown, Kuala Lumpur.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Bufet

Dari manok pansuh hingga kek lapis, Serumpun Sarawak hidang sajian autentik Bumi Kenyalang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Bufet

Bukan sekadar pes kacang merah, jom kenali pelbagai kek bulan dengan cita rasa moden

Terhangat