KUALI | Bufet

Bukan sekadar pes kacang merah, jom kenali pelbagai kek bulan dengan cita rasa moden

Lead Image

PERNAH tak anda terfikir, setiap kali menjelang bulan Julai, pasar raya mula dipenuhi dengan pelbagai jenis kek bulan walhal bukan musim Tahun Baru Cina?

Ramai rakyat Malaysia, terutamanya yang bukan berketurunan Cina menganggap kek bulan adalah sebahagian daripada juadah Tahun Baru Cina. 

Sedangkan hakikatnya, kuih tradisional ini merupakan sajian ikonik dinikmati masyarakat Cina sempena Festival Pertengahan Musim Luruh, yang biasanya disambut pada bulan ke-8 dalam kalendar lunar. 

Festival ini merupakan masa untuk seisi keluarga berkumpul, dan kek bulan diberikan sebagai hadiah tanda penghargaan serta simbol kemakmuran.

Kebiasaannya kotak kek bulan akan dihias mewah dan kelihatan eksklusif.

Maka tidak hairanlah, setiap tahun kita lihat kotak-kotak kek bulan dihias mewah dan kelihatan cukup eksklusif.

Sebagai usaha memeriahkan lagi Festival Pertengahan Musim Luruh, Mandarin Oriental Kuala Lumpur memperkenalkan koleksi kek bulan 2025 yang dicipta khas dengan menggabungkan cita rasa moden dan tradisional.

Koleksi istimewa tahun ini ditawarkan dalam tiga kategori utama — kek bulan bakar, kek bulan coklat, dan kek bulan kulit salji (snow skin).

Antara perisa eksklusif yang mencuri perhatian dalam koleksi kali ini termasuk coklat dubai, red velvet avokado serta Kacang pecan berkrim dan Pes teratai putih.

MENARIK DIBACA: [V] Perut lapar tapi malas masak... Tempe goreng berapi mudah dibuat, jadi pembangkit selera

MENARIK DIBACA: Banyak betul manfaat barli, paling penting boleh turunkan berat badan

Sementara itu, peminat kek bulan klasik masih boleh menikmati pilihan tradisional seperti pes kacang merah, teratai putih dengan kuning telur, pes pandan dengan telur masin, dan aneka kacang campuran.

Harga bermula dari RM45 sebiji, manakala kotak hadiah ditawarkan dalam set dua, empat atau enam biji, dengan harga antara RM120 hingga RM238.

Bagi yang berminat, pembelian dan tempahan boleh dibuat mulai 7 Julai hingga 6 Oktober 2025 melalui laman rasmi:

kualalumpur.mandarinorientalshop.com

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Bufet

Minum petang ala VIP hanya RM100 di Hotel AnCasa, 10 jenis dessert memang puas hati

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Bufet

Tak perlu ke Penang... Jom serbu bazar di Moxy Putrajaya, char kuey teow dan pasembor pun ada!

Terhangat