KUALI | Resipi Tradisi

Tauhu cireng semakin popular di Malaysia, resipi Kak Yatie memang buat tak berhenti mengunyah

Lead Image

KUDAPAN ringan asal dari Bandung, Indonesia iaitu tauhu cireng semakin mendapat tempat di hati penggemar kulinari di Malaysia.

Dengan tekstur yang ranggup di luar dan kenyal di dalam - makanan ringan ini memang mudah buat sesiapa sahaja terpikat.

Tauhu cireng sebenarnya sangat mudah disediakan. Hanya menggunakan bahan-bahan seperti tauhu segar, tepung ubi kayu, sedikit perasa dan garam, anda sudah boleh menghasilkan kudapan enak.

Lebih lengkap lagi kalau dihidangkan bersama sos manis yang mampu menaikkan lagi rasa!

MENARIK DIBACA: Tak payah penat-penat uli doh, roti putih pun sedap dibuat kulit karipap

MENARIK DIBACA: Nasi lemak kampung beza rasanya, rahsianya 'peram' pakai surat khabar dan daun pisang baru padu

Resipi popular ini turut dikongsi oleh usahawan, Datin Noor Hayati Kamaruzaman atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Yatie melalui laman TikToknya, yatie_kamarzaman.

Kak Yatie berkongsi rahsia di sebalik keenakan tauhu cireng buatannya — gabungan tekstur yang rangup di luar, kenyal di dalam, dan lembut meleleh di mulut!

Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri di rumah? Mudah, cepat dan pastinya memuaskan hati. Jangan lupa kongsi hasil anda nanti!

Bahan-bahan

  • Tauhu tebal 
  • Tepung ubi 
  • Serbuk perasa 
  • Garam

Cara penyediaan

  1. Rebus tauhu keras dengan garam selama lima minit. Kemudian tos air. 
  2. Biar tauhu sedikit lembap lalu dicelup dalam tepung ubi kayu dicampurkan perasa dan garam.
  3. Ulangi langkah sama di bekas berbeza berisi bahan sama untuk pastikan tauhu disalut tepung dengan sekata. 
  4. Panaskan minyak baharu, lalu masukkan tauhu sudah bersalut tepung. 
  5. Goreng sehingga tauhu kekuningan dan angkat.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Asyik goreng jer, apa kata cuba masak sambal tumis telur hancur pula

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Terliur tengok pempengaruh Hadi Salleh makan sambal tahi minyak, syukur siap kongsi resipi sekali!

Terhangat