KUALI | Sajian Warung

Aiskrim santan resipi tradisional dengan sentuhan moden mengimbau nostalgia!

Lead Image

MINUM petang selalunya kita akan cari kuih muih seperti pisang goreng, cekodok dan cucur undang.

Tapi apa kata, kali ini kita tukar selera dengan sesuatu lebih segar seperti aiskrim berasaskan santan yang bukan saja menyegarkan tekak, malah cukup mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak.

Terletak di Taman Melawati, Pal Litt menawarkan pelbagai variasi perisa menarik seperti pandan vanilla, keladi vanilla dan strawberry vanilla.

Rasa aiskrim di Pal Litt mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak.

Keunikan mereka terletak pada usaha mengekalkan rasa tradisional, sambil diberi sentuhan moden agar sesuai dengan selera semua generasi.

Ais krim ini bukan saja dijual dalam cawan, malah boleh juga dinikmati dengan cara klasik iaitu bersama roti lembut.

Daripada semua pilihan, pandan vanilla antara yang paling menonjol.

Rasanya cukup memikat dengan aroma pandan yang kuat dan harum, berpadu mesra dengan kelembutan vanilla.

MENARIK DIBACA: [V] Fluffy Gila! Pancake ala Jepun ni buat ramai repeat... Lagi best, harga tak sampai RM10!

MENARIK DIBACA: [V] Ranggup di luar, lembut di dalam... Kena cuba kuih cara berlauk goreng

Kombinasi ini menghasilkan rasa yang seimbang, berlemak manis dan tidak keterlaluan.

Teksturnya pula creamy dan halus, cair perlahan di mulut tanpa rasa muak.

Lebih menarik, anda boleh menambah topping seperti pulut, kacang rangup dan jagung manis, menjadikan setiap suapan lebih kaya dengan tekstur rangup.

Perisa pandan vanilla cukup memikat dengan aroma yang kuat.

Ais krim santan Pal Litt ini sememangnya pilihan ideal untuk waktu petang yang santai atau sebagai pencuci mulut tengah hari.

Lokasi: Pal Litt, Jalan Taman Melawati, Taman Melawati, 53100, KL

Waktu operasi: 2 petang - 10 malam (setiap hari)

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sajian Warung

[V] Versi nasi bujang Indonesia? Nasi gultik cuma RM3 tapi memang menjilat jari, tak puas sepinggan!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sajian Warung

[V] Fluffy Gila! Pancake ala Jepun ni buat ramai repeat... Lagi best, harga tak sampai RM10!

Terhangat