[V] Rasai pengalaman ‘fine dining’ di Shah Alam, sajian premium Lambogrill Coffee House memang puas hati
PEMINAT sajian Barat berkualiti tinggi dan individu menghargai pengalaman makan mewah disarankan berkunjung ke Lambogrill Coffee House di Seksyen 13, Shah Alam.
Lebih dari rumah stik biasa, restoran ini adalah destinasi menghimpunkan kualiti tapi memberi pengalaman makan kaya dengan rasa dan gaya dibawah satu bumbung.
Sekiranya berkunjung ke rumah steak ini, boleh mulakan sesi makan menerusi pilihan pembuka selera berkonsepkan ala-carte fine dining.
Gulungan daging pembuka selera

Beef Roll Asparagus, antara hidangan pembuka selera digemari tetamu datang berkunjung.
Ia menampilkan gulungan daging lembu lembut dan berperisa dibalut bersama asparagus segar rangup memberi rasa menyelerakan.
Harga Beef Roll Asparagus ini sekitar RM25 sahaja, menjadikannya pilihan berpatutan untuk cita rasa premium.
MENARIK DIBACA: [V] Boleh buat bekal bercuti ke luar negara, jom cuba resipi sambal tumis campur 4 dalam 1
MENARIK DIBACA: Terbeban kos sara hidup tinggi, mahasiswa ini terpaksa makan makanan kucing... Dakwa kaya kandungan protein bina otot
Keenakan stik premium
Selain itu, rasai sendiri keenakan stik bahu kambing Australia premium dihidang dalam suasana elegan dan mesra.
Lambo Grill, diperap dengan herba rahsia kemudian dipanggang sehingga lembut dihidang bersama kentang lecek dan lada benggala segar.
Menu utama ini menggoda selera ditawarkan pada harga berpatutan, RM49 sahaja.

Hidangan lain memikat hati
Selain stik, penggemar makanan laut pasti sukakan Fish and Chips, ikan goreng bersalut tepung rangup disajikan bersama kentang goreng dan sos tartar hanya pada RM28.
Bagi peminat sajian panggang, Chicken Grill dengan sos lada hitam memberi rasa pedas seimbang dan ayam lembut berjus dihidangkan dengan potongan lada benggala sebagai ulam.
Dengan posisi makanan besar, sajian ini ditawarkan pada harga RM25.

Minuman penyegar tekak
Tiada pengalaman makan lengkap tanpa minuman sesuai. Lambogrill Coffee House menawarkan pelbagai minuman menarik seperti Coco Longo.
Minuman shake kelapa dengan aiskrim dan longan menambah kesegaran pada tekak selepas menjamu pelbagai menu.
Pada harga RM25, minuman ini sungguh memuaskan tekak.
Tidak kurang menarik, pilihan mocktail Strawberry Mojito, gabungan rasa manis dari strawberi segar dengan kehangatan pudina dan sentuhan limau nipis memberikan kesempurnaan, tanpa alkohol.

Ia sesuai untuk mereka mahu menikmati minuman ringan, sejuk dan memuaskan pada harga RM15.
Untuk pencinta kopi, cappuccino ais disediakan dengan hanya RM13 pasti menjadi pilihan tepat.
Jadi, tunggu apa lagi. Meriahkan sesi menjamu selera mahupun meraikan insan tersayang di Lambogrill Coffee House dengan suasana elegan.