KUALI | Sajian Restoran

[V] Rasa asli Thailand di Nong & Jimmy, 3 menu ini wajib cuba 

Lead Image

MASAKAN Thailand sudah sebati dengan masyarakat tempatan memandangkan restoran yang menjual hidangan dari negara tersebut cukup banyak di Malaysia.

Maka tidak hairan menu dari negara jiran itu cukup sinonim dengan lidah rakyat tempatan sehinggakan ramai boleh membeza mana yang sedap dan sebaliknya.

Tapi anda mungkin bukan penggemar sejati masakan Thailand kalau belum berkunjung ke Nong & Jimmy yang terletak di TRX Kuala Lumpur.

Antara hidangan popular yang menjadi tumpuan pelanggan termasuk tropical mango tango seabass, Thai lime steam clams dan tom yam seafood red.

Antara hidangan paling popular adalah tropical mango tango seaba, Thai lime steam clams dan juga tom yam seafood.

Tropical mango tango seabass yang menggunakan ikan siakap goreng dipadankan dengan sos mangga manis pekat.

Rasa itu diimbangkan dengan perahan asam limau yang menyegarkan serta pedas ‘tango’ cili memang terasa sempurna.

Kombinasi ini menggabungkan rasa seimbang antara manis, masam dan pedas dengan kesegaran buah mangga membuatkan makanan yang dihidangkan memang puas hati.

Tak lupa juga hidangan wajib, tom yam seafood red yang kuahnya pekat kemerahan, dengan rasa pedas menyengat setiap selera. 

MENARIK DIBACA: Ini resipi ikan pekasam cara orang lama, memang bertambah nasi dibuatnya!

MENARIK DIBACA: Cromboloni RM15 sebiji cair di mulut, berbaloi beratur panjang

Isinya penuh dengan udang, sotong dan cendawan dipadankan dengan rasa masam, pedas dan manis yang seimbang sempurna.

Kalau suka tom yam yang ‘betul-betul Thai style’, hidangan ini memang wajib dicuba.

Tak kurang hebat hidangan Thai lime steam claims dengan lala segar dimasak sempurna dalam kuah limau pedas, memang sedap dihirup.

Hidangan ini boleh dinikmati oleh 3 hingga 4 orang menjadikan ia pilihan sempurna untuk makan malam.

Bukan sahaja makanan menarik malah ruang dan suasana restoran ini juga selesa dan estetik.

Rasanya menyegarkan, tak hanyir dan sesuai untuk hidangan bersama nasi sebagai makanan utama. 

Dah kenyang makan mestilah kena basah tekak dengan Thai milk tea yang menjadi pelengkap semua hidangan pedas.

Rasanya manis, lemak berkrim dan sejuk menjadikan kombinasi sempurna untuk menghilangkan rasa pedas tom yam.

Bukan itu sahaja, hidangan pencuci mulut black bean dessert ini patut anda cuba walaupun kelihatan simple tapi sedap.

Hidangan ini boleh dinikmati oleh 3 hingga 4 orang menjadikan ia pilihan sempurna untuk makan malam.

Kacang hitam lembut direbus dengan santan pekat, tekstur lemak manis bersama aiskrim sangat sesuai untuk penutup selepas makan.

Menariknya mengenai Thai, Nong & Jimmy ini, restorannya dari luar nampak memang moden tapi apabila melangkah masuk ke dalam suasananya cukup santai.

Dekorasi estetik membuatkan pengalaman menikmati hidangan di situ seperti di restoran mewah. 

Lebih menarik, kalau datang pada waktu malam anda boleh layan pemandangan lampu menara sambil menikmati hidangan.

Lokasi: Nong & Jimmy Thai Bbq Seafood TRX

Waktu operasi: Setiap hari (12 pm hingga 11 pm)

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sajian Restoran

[V] Bento masakan rumah dengan harga bajet, paling penting tanpa MSG

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sajian Restoran

[V] Rasai pengalaman ‘fine dining’ di Shah Alam, sajian premium Lambogrill Coffee House memang puas hati

Terhangat