KUALI | Sajian Restoran

[V] Bento masakan rumah dengan harga bajet, paling penting tanpa MSG

Lead Image

MENCARI makanan tengah hari yang sedap dan sihat di luar kadang kala boleh menjadi satu cabaran. 

Banyak restoran kini menawarkan hidangan menggoda selera tetapi seringkali mengandungi MSG atau bahan tambahan lain yang kurang sihat.

Tapi jangan risau! Jika anda sedang mencari tempat makan tengah hari sedap dan bebas MSG, restoran Noi-C & Co boleh jadi pilihan tepat.

Kuali berpeluang mencuba set makan tengah hari dan dapat diakui rasa semula jadi bahan-bahan digunakan enak walaupun tanpa sebarang bahan pengawet.

Mala prawn dengan kombinasi sambal pedas menyengat ini sangat sesuai untuk pencinta masakan pedas.

Setiap hidangan memberikan kesegaran dan keaslian rasa membuatkan pengalaman makan tengah hari lebih memuaskan dan sihat.

Antara hidangan wajib dicuba ialah set lunch mala prawn dengan harga RM 15.80 dan serai chicken RM 14.80.

Berkonsepkan hidangan bento, masakan ala di rumah ini memang sesuai untuk anda yang mementingkan hidangan seimbang, sihat dan penuh rasa.

Setiap bento mengandungi protein segar, sayur-sayuran berkhasiat dari nasi atau karbohidrat yang dimasak sempurna.

MENARIK DIBACA: Kepala santan rahsia keenakan boko ubi kayu, manis dan berlemak

MENARIK DIBACA:  [V] Rasa asli Thailand di Nong & Jimmy, 3 menu ini wajib cuba

Aroma sambal serai wangi bersama rempah yang seimbang meresap sempurna ke dalam isi ayam menjadikan setiap suapan memuaskan.

Tak kurang juga set mala prawn yang disaluti sambal mala pedas menyengat, lengkap dengan udang, sayur dan telur mata membuatkan hidangan ini cukup berbaloi untuk harga bajet.

Nak lagi meriah, kenalah perkena bingsu mango! Hidangan berasaskan ais kisar halus diserikan dengan bancuhan susu serta hirisan mangga segar manis dan beraroma. 

Setiap suapan memberikan rasa sejuk, lembut dan menyegarkan tekak memang terbaik untuk cuaca panas!

Pilihan bingsu mango memang benar-benar menggoda selera akan kesedapan potongan mangga, susu manis yang dikisar halus.

Kalau anda peminat snek moden, lotus pancake ini pasti mencuri perhatian kerana dek kesedapan bahagian luarnya rangup manakala dalamnya lembut kaya rasa manis berlemak. 

Bukan itu sahaja, anda mesti cuba taro dumpling dengan setiap gigitan rangup dicicah pula dengan sambal mala atau sambal serai memang ‘kick’.

Buat penggemar pencuci mulut Cina, anda boleh cuba rate date fungus hidangan berasaskan kurma merah dan cendawan putih yang bukan sahaja lazat malah baik untuk kesihatan. 

Selain itu, bubur cha cha klasik turut menjadi pilihan ramai dengan kombinasi ubi, sagu dan santan manis lemak berkrim.

Lokasi: NOI-C & CO Sunway Pyramid

Waktu operasi: 10 am hingga 11 pm

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sajian Restoran

[V] Syurga makanan Timur Tengah di Halab Gate, harga pula mesra poket!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sajian Restoran

[V] Rasa asli Thailand di Nong & Jimmy, 3 menu ini wajib cuba 

Terhangat