[V] Nasi daging air asam Shiha Zikir jadi 'buruan' di hari raya - "Tapi tetap tak boleh lawan rendang ayam air tangan mak"
SETIAP kali menyambut Aidilfitri, penyanyi dan usahawan, Shiha Zikir pasti akan menyediakan hidangan wajib iaitu nasi daging air tangan sendiri untuk hidangan keluarga dan tetamu yang bertandang ke rumahnya.
Lebih menyelerakan, hidangan istimewa dari utara itu dimakan bersama air asam sebagai padanan untuk membangkitkan lagi selera.
Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 38, berkata, resipi nasi daging itu merupakan menu yang diturunkan oleh ibunya sendiri.

"Setiap kali raya, saya mesti buat menu istimewa dari utara iaitu nasi daging bersama air asam.
"Resipi ini ibu saya sendiri yang ajar," katanya teruja.
Sempat berkongsi resipi dan cara membuat nasi daging air tangannya, Shiha bagaimanapun berkata hidangan yang disediakan itu tetap tidak boleh menandingi masakan air tangan ibunya sendiri.
MENARIK DIBACA: Nampak macam sama... Ini perbezaan kuah kacang hidangan raya dan kuah kacang untuk sate!
MENARIK DIBACA: 3 menu raya ini lebih mudah masak guna 'rice cooker'! Jimat masa, tak jejas rasa asli
"Kalau orang lain suka makan nasi daging buatan saya, tapi saya pula kena makan masakan air tangan ibu iaitu rendang ayam dan ketupat pulut.
"Rendang air tangan mak saya memang tak ada siapa boleh tandingi.
"Kalau hari-hari biasa saya yang akan masakkan untuk mak, tapi kalau hari raya saya minta maaf, mak yang kena masak sebab saya nak rasa air tangannya," kata pelantun Memori Raya itu sambil ketawa.
