KUALI | Menu Selebriti

[V] Lontong darat, ketupat makan bersama asam pedas tetel jadi juadah istimewa lebaran Zarif Ghazzi

BERKONGSI mengenai hidangan dimakan pada pagi hari raya, pelakon muda Zarif Ghazzi amat menggemari juadah berupa lontong kering iaitu sejenis juadah istimewa dari Johor.

Bukan itu sahaja, Zarif atau nama lengkapnya Zarif Farahi Effie Ghazzi turut menyukai makanan istimewa dari Melaka iaitu asam pedas daging tetel dimakan bersama ketupat.

Kata pelakon berusia 21 tahun itu, memandangkan dia memiliki darah Johor dan Melaka, maka dia tidak boleh lari daripada menikmati kedua-dua hidangan istimewa tersebut.

Pelakon Zarif Ghazzi amat menggilai kuih semperit.

"Kalau cakap pasal juadah ketika hari raya, saya paling suka makan lontong darat. Memang agak 'rare'.

"Tapi sebab saya ada darah keturunan Melaka, saya juga suka makan ketupat yang dicicah dengan asam pedas tetel. Memang sedap!" ujar lelaki tinggi lampai itu.

Pada masa sama, pelakon yang pernah membintangi drama Seribu Tahun itu turut menjadikan kuih semperit sebagai antara makanan digemarinya.

MENARIK DIBACA: Ketahui sebab Jepun tunjuk gambar petani pada sayur, buah-buahan ditanam dan dijual di pasar

MENARIK DIBACA: [V] Emelda masuk dapur sedia juadah hari raya, Adlin Aman Ramlie kata orang Jawa kena ada lontong

Kata Zarif, baginya kuih semperit memiliki rasa yang agak luar biasa iaitu berlemak selain teksturnya yang rapuh.

"Saya memang sangat sukakan kuih semperit, lagi-lagi jenis tradisional kerana rasanya berlemak.

"Mungkin bagi orang lain, kuih semperit tiada keistimewaannya, tapi itulah kuih kegemaran saya," katanya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Nasi daging air asam Shiha Zikir jadi 'buruan' di hari raya - "Tapi tetap tak boleh lawan rendang ayam air tangan mak"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Emelda masuk dapur sedia juadah hari raya, Adlin Aman Ramlie kata orang Jawa kena ada lontong

Terhangat