KUALI | Menu Selebriti

[V] 10 tahun menetap di Malaysia, Tya Ariffin masih tak reti makan nasi kandar kuah banjir

Lead Image

MALAYSIA dan Indonesia mungkin serumpun tetapi kedua-dua negara ini masih mempunyai pelbagai perbezaan termasuk dari segi budaya, cara hidup termasuk makanan.

Sepuluh tahun menetap di Malaysia, pelakon dan usahawan Tya Ariffin tanpa berselindung mengakui masih belum dapat beradaptasi sepenuhnya dengan makanan tempatan.

Tya atau Nurtria Wulandari Arifin, berkata, dia masih lagi dalam proses membiasakan dengan juadah tempatan yang dianggap banyak perbezaan dengan masakan di kampung halamannya.

"Sampai sekarang saya masih biasakan diri kerana makanan di Indonesia lebih 'clean'. Maksudnya masakannya lebih ringkas seperti sayur bening (tumis air), sambal dan tempe. Itu sudah cukup.

Tya kini bahagia bergelar ibu kepada tiga orang cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga bersama suami, Asyraf Khalid pada 2015.

"Tapi kalau di Malaysia, masakan berkuahnya lebih pekat seperti kari. Rempah yang digunakan juga berbeza. Tapi tak dinafikan masakan Malaysia memang sedap," kata wanita berusia 31 tahun itu.

Seperti hidangan nasi kandar misalnya, jelas menantu kepada Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu, sehingga kini dia masih belum terbiasa menikmati hidangan tersebut seperti rakyat tempatan iaitu dengan cara 'kuah banjir'.

"Sejujurnya sampai sekarang saya masih belum pandai makan nasi kandar. Saya hanya makan lauk sahaja sebab tak reti makan nasi kandar dengan kuah banjir.

MENARIK DIBACA: [V] Tak mudah bergelar atlet gimnas negara, Sharul Aimy disiplin bab diet - “Dulu badan saya berisi”

MENARIK DIBACA: Ada sebab atlet dan individu alergi kacang perlu elak minum air kelapa

"Tapi kalau nasi kerabu saya suka sebab hidangannya lebih kering, sama seperti masakan Indonesia," katanya.

Ketika disoal tentang hidangan Malaysia yang telah dipelajarinya, tanpa berselindung Tya berkata masih belum sempat mempelajari masakan tempatan sehingga ke hari ini.

Alasan Tya, dia mengakui masakan Malaysia lebih rumit berbanding dengan makanan Indonesia manakala suaminya pula lebih menggemari masakan barat.

Selain bergelar selebriti, Tya juga kini bergelar usahawan dengan mengeluarkan produk jamu dan kesihatan, Mutyara.

"Saya rasa memang jauh lagi (belajar masakan Malaysia). Sebagai orang Indonesia, saya rasakan masakan Indonesia lebih mudah berbanding dengan makanan Malaysia.

"Suami pula suka makanan barat. Jadi peluang untuk saya belajar masakan tempatan memang sangat sedikit.

“Kalau makan saya suka, tapi untuk masak belum lagi," ujarnya.

Tya berhijrah ke Malaysia selepas berkahwin dengan Asyraf Khalid pada 2015 dan mereka kini dikurniakan tiga orang cahaya mata.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Berat badan sudah tahap obesiti... Noraniza Idris ‘buang’ 2 perkara ini dalam diet, banyak minum air putih setiap hari

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Tak mudah bergelar atlet gimnas negara, Sharul Aimy disiplin bab diet - “Dulu badan saya berisi”

Terhangat