Pecah telur dalam ketam masak cili... Kuah jadi pekat, lazatnya lain macam!
KALAU sebut tentang ketam masak cili, mesti ramai terbayangkan keenakan gabungan rasa pedas, manis dan berlemak sajian ini.
Jika ketam digunakan jenis montel dan isinya padat, memang licin pinggan lebih-lebih lagi apabila dicicah roti atau dimakan dengan nasi panas.
Perkongsian resipi daripada seorang wanita dikenali sebagai aliajanam di Threads mencuri perhatian ramai kerana cara penyediaan yang mudah tetapi hasilnya cukup membuka selera.
Jadi, bagi yang teringin menikmati hidangan ala restoran di rumah, apa kata cuba sendiri resipi ketam masak cili ini untuk makan bersama ahli keluarga atau rakan-rakan.

Bahan-bahan
- 500gram ketam
- 1 biji telur
- 1 biji bawang besar (dikisar kasar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar kasar)
- 6 tangkai cili padi (dikisar kasar)
- 3 sudu cili merah kisar
- 3 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tiram
- Daun kari (ikut kesesuaian)
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil serbuk perasa
- 2 sudu kecil gula
- 1/2 cawan air
MENARIK DIBACA: Satu suapan dah terpukau! Ini cara mudah buat 'burnt cheesecake' rasa premium, guna bahan ringkas je
MENARIK DIBACA: Kafe Jepun jual latte pada suhu paling ekstrem di dunia, kena habiskan dalam masa 40 saat sebelum beku
Langkah penyediaan
- Tumis bahan kisar kasar terlebih dahulu sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan cili merah kisar, sos cili dan sos tiram. Jika mahu lebih beraroma, boleh tambahkan daun kari.
- Kacau sehingga sebati sebelum masukkan garam, serbuk perasa dan gula mengikut cita rasa.
- Tuang air dan masukkan ketam. Jika mahukan tekstur ketam lebih rangup, boleh goreng terlebih dahulu menggunakan tepung serbaguna.
- Dalam masa sama, pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau sehingga semua bahan sebati serta masak sempurna.
- Siap untuk dihidangkan. Memang sedap dimakan bersama nasi panas, toti atau diratah begitu sahaja!