info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Perap guna susu rahsia ayam goreng rangup, isi berjus ala restoran 'fast food'

Lead Image

SIAPA yang tak menggemari ayam goreng berempah, berkulit rangup dan garing seperti ayam goreng di restoran segera terkenal?

Bagaimanapun tidak semua individu mampu untuk menikmatinya setiap hari kerana faktor harga, begitu juga keluarga yang mempunyai ahli ramai.

Sebenarnya, tidaklah susah untuk menghasilkan ayam goreng enak ala restoran makanan segera jika tahu teknik penyediaan dan bahan yang betul.

Menerusi perkongsian resipi oleh wanita dikenali dhyea_hana, rahsia keenakan ayam goreng ini terletak pada penggunaan beberapa bahan istimewa termasuk bancuhan susu penuh krim.

Berbeza dengan resipi biasa yang hanya menggunakan bancuhan tepung, campuran susu penuh krim dalam bahan perap membantu menghasilkan tekstur ayam yang lebih lembut, berjus sekali gus menjadikannya mudah melekat pada permukaan ayam sebelum disalut tepung.

Berikut dikongsikan resipinya:

Campuran susu penuh krim dalam perapan membantu menjadikan bahan perapan lebih mudah melekat pada permukaan ayam sebelum disalut tepung.

Bahan-bahan

Bahan A (perapan ayam)

  • 1 cawan susu penuh krim
  • 1 sudu serbuk cili
  • 1 sudu kicap manis
  • 1 sudu setengah bawang putih tumbuk (lebih kurang 4 ulas)
  • 1 sudu serbuk paprika
  • 1 sudu oregano

Bahan B (salutan tepung)

  • Tepung gandum secukupnya
  • Tepung jagung secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu serbuk cili
  • 1 sudu serbuk paprika
  • 1 sudu oregano
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil lada hitam

MENARIK DIBACA: Wanita kongsi minum air sarsi bantu legakan demam, ramai mengaku dah berzaman amal petua sama

MENARIK DIBACA: Pemuda dedah bahaya cili kering berdebu, berkulat! Jangan 'termakan' pujuk tauke kedai

Cara penyediaan

  1. Bersihkan ayam dan gaulkan bersama semua bahan A sehingga sebati.
  2. Perapkan ayam. Lagi lama diperap, lagi meresap rasa ke dalam isi ayam.
  3. Dalam bekas berasingan, campurkan semua bahan B untuk menyediakan salutan tepung.
  4. Ambil ayam yang telah diperap, kemudian salutkan dengan campuran tepung sehingga rata.
  5. Untuk mendapatkan kulit yang lebih rangup dan bertekstur, boleh ulang proses celup ayam ke dalam bahan basah dan salut tepung sekali lagi.
  6. Goreng ayam dalam minyak yang panas sehingga berwarna keemasan dan masak sepenuhnya.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Keropok lekor 'homemade' guna lebihan nasi, lebih 'fresh' dari beli di kedai

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Makaroni bunga telang lazat berkrim pikat selera anak, sedap mata memandang

Terhangat