info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Makaroni bunga telang lazat berkrim pikat selera anak, sedap mata memandang

Lead Image

BUNGA telang sering dijadikan pewarna semula jadi untuk makanan seperti nasi kerabu atau minuman.

Kombinasi warna antara ungu dan kebiruan itu menjadikan makanan yang dihasilkan daripada bunga telang bukan sahaja nampak cantik, malah sejuk mata memandang.

Tapi pernahkah anda terfikir jika bunga telang digabungkan dalam sentuhan masakan barat seperti makaroni?

Resipi ini juga sangat mudah disediakan, sesuai dijadikan menu makan tengah hari atau makan malam untuk seisi keluarga. 

Ikuti langkah penyediaannya seperti yang dikongsikan oleh pempengaruh masakan, Robin Rawat dalam Instagram.

Lebih enak hidangan makaroni bunga telang dimasak dengan menggunakan susu segar. Foto Robin Nawat

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk bunga telang
  • 1 mangkuk makaroni
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan susu segar
  • Empingan cili
  • Oregano
  • Garam

MENARIK DIBACA: Roti canai antara 50 sarapan terbaik di dunia, kalahkan bubur ayam dan nasi goreng Indonesia

MENARIK DIBACA: Sampai ralit menyedut sumsum dibuatnya, ini lokasi rahsia di KL jual sup tulang merah Singapura

Langkah penyediaan

  1. Rebus bunga telang sehingga mengeluarkan warna.
  2. Masukkan makaroni dan rebus sehingga lembut kemudian angkat dan tos.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih lalu masukkan empingan cili, oregano dan garam secukupnya.
  4. Tuang susu lalu dan biar mendidih seketika.
  5. Masukkan makaroni dan kacau sehingga sebati.
  6. Tabur sedikit empingan cili dan oregano.
  7. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Perap guna susu rahsia ayam goreng rangup, isi berjus ala restoran 'fast food'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Cara tradisional guna inti kelapa, kuih ketayap versi moden tampil dengan isi coklat

Terhangat