info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Keropok lekor 'homemade' guna lebihan nasi, lebih 'fresh' dari beli di kedai

Lead Image

LEBIHAN nasi yang sering dijadikan nasi goreng atau dibuang begitu sahaja sebenarnya boleh diolah menjadi pelbagai hidangan menarik.

Dengan sedikit kreativiti, bahan yang dianggap tidak lagi berguna itu boleh dijadikan menu lazat seperti keropok lekor.

Lebih nikmat, rasanya dikatakan tidak jauh berbeza daripada keropok lekor biasa yang dibeli apabila digoreng rangup dan dicecah bersama sos kegemaran.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang wanita dikenali sebagai Shasazzyz berkongsi cara menghasilkan keropok lekor daripada nasi lebihan.

Menurutnya, percubaan tersebut membuahkan hasil sehingga membuatkan dia tidak terpanggil untuk menitipkan ucapan terima kasih kepada individu yang berkongsi resipi berkenaan.

Berikut Kuali kongsikan bahan-bahan dan cara penyediaan keropok lekor menggunakan lebihan nasi.

Rasanya dikatakan tidak jauh beza daripada keropok lekor biasa yang dibeli

Bahan-bahan

  • Nasi lebihan
  • Ikan bilis
  • Bawang putih
  • Lada hitam
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Sedikit air
  • Tepung ubi

MENARIK DIBACA:  Tip simpan kelapa parut... Kekal segar berbulan-bulan, tak hilang rasa lemak

MENARIK DIBACA: Penjelasan punca kejadian isi ayam bertukar hijau... Nampak geli tapi boleh dimakan!

Cara penyediaan

  1. Kisar nasi lebihan bersama ikan bilis, bawang putih, lada hitam, serbuk perasa, garam dan sedikit air hingga halus.
  2. Gaulkan bahan yang telah dikisar bersama tepung ubi sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk.
  3. Bentukkan doh memanjang seperti keropok lekor.
  4. Rebus dalam air yang telah ditambah sedikit minyak sehingga keropok timbul dan masak.
  5. Toskan sebelum digoreng atau dinikmati mengikut cita rasa.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Bosan pisang goreng warna keemasan? Ini cara sediakan bancuhan tepung versi biru

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Perap guna susu rahsia ayam goreng rangup, isi berjus ala restoran 'fast food'

Terhangat