info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Minuman

Kiub 'frozen' teh limau kumkuat, markisa nikmat diminum ketika cuaca panas... Berbaloi buat stok!

Lead Image

CUACA panas di Malaysia memang nikmat kalau dapat minum minuman menyegarkan daripada buah-buahan tropika.

Bukan sahaja boleh melegakan tekak dan menghilangkan dahaga, minuman berasaskan buah juga kaya dengan pelbagai khasiat.

Menerusi hantaran seorang pengguna di Threads, dia berkongsi resipi teh buah markisa limau kumquat yang dibuat dalam bentuk kiub beku atau frozen cubes.

Menurutnya, minuman tersebut sesuai disediakan lebih awal dan disimpan di dalam peti sejuk beku sebelum kiub dibancuh setiap kali rasa teringin untuk minum.

“Cuaca Malaysia sekarang ni memang tak kelakar ye, panas lit-lit sampai terbawa emosi pun boleh. Kalau tengah lemau atau tekak haus gila, ambil fruit tea ni.

"Dah la sedap sangat tinggi vitamin C pula tu! Buat siap-siap dan 'frozen'kan. Nak minum tinggal bancuh je,” kongsinya.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai.

Berikut dikongsikan cara penyediaannya:-

Bahan-bahan:

  • 10 biji limau kumquat, dipotong nipis dan dibuang biji jika perlu
  • 5 biji passion fruit (markisa), ambil isinya
  • 3 - 4 sudu besar pemanis pilihan
  • Sparkling water secukupnya

MENARIK DIBACA: Cara buat air keladi premium lazat berkrim, lebih 'kaw' dari bazar

MENARIK DIBACA: Nikmatnya dapat teguk jus tembikai laici pudina selepas seharian tahan dahaga

Cara penyediaan

  1. Masukkan hirisan kumquat, isi buah markisa dan pemanis dalam satu bekas.
  2. Lenyekkan kesemua bahan menggunakan garpu atau penekan sehingga buah mengeluarkan jus.
  3. Masukkan campuran buah ke dalam acuan ais mengikut saiz diingini.
  4. Bekukan campuran buah.
  5. Untuk menikmatinya, masukkan beberapa kiub buah beku ke dalam gelas.
  6. Tuang minuman 'sparkling' secukupnya.
  7. Kacau sebati dan siap untuk diminum.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Minuman

Nikmatnya hirup teh bunga kertas, tambah lemon mampu segarkan tekak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Minuman

Kopi awan gula Melaka, pekena pagi bersemangat sepanjang hari

Terhangat