info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Minuman

Kopi awan gula Melaka, pekena pagi bersemangat sepanjang hari

Lead Image

AROMA kopi harum sememangnya mampu membangkitkan semangat, lebih-lebih lagi dinikmati pada waktu pagi. 

Jika sebelum ini ramai mengenali kopi dalgona yang popular dengan buih tebal, kini muncul pula kopi awan gula Melaka, membawa sentuhan tempatan menerusi rasa manis karamel daripada gula melaka.

Keistimewaan minuman ini terletak pada lapisan 'foam' kopi dibuat daripada gabungan kopi segera, gula dan air panas dipukul sehingga kembang. 

Apabila diletakkan di atas susu sejuk bersama ais, ia menghasilkan rupa berlapis menarik seakan-akan awan terapung di atas gelas.

Lebih menarik, resipi ini tidak memerlukan bahan rumit atau peralatan khas.

Dengan hanya beberapa bahan asas di dapur, sesiapa sahaja boleh menghasilkan secawan kopi ala kafe dengan rasa lemak, manis dan aroma kopi yang cukup memikat.

Aroma kopi mampu memberikan kesegeran pada emosi.

Bahan-bahan

  • 2 sudu besar kopi segera
  • 2 sudu besar gula Melaka
  • 2 sudu besar air panas
  • 150ml susu segar
  • Ais

MENARIK DIBACA:Cawangan Murni Discovery terima notis KKM, diarah tutup 14 hari

MENARIK DIBACA:Pemuda OKU pendengaran jadi barista di kafe sendiri, hasilkan kopi istimewa di Silent Brew

Langkah penyediaan

  1. Pukul kopi, gula dan air panas sehingga kembang menjadi foam.
  2. Isi gelas dengan ais dan susu.
  3. Letak foam kopi di atas.
  4. Tabur sedikit serbuk kayu manis atau kopi.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Minuman

Kiub 'frozen' teh limau kumkuat, markisa nikmat diminum ketika cuaca panas... Berbaloi buat stok!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Minuman

Buat sendiri minuman probiotik di rumah... Mudah, cuma perlu ada buah-buahan dan herba asas

Terhangat