info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Minuman

Buat sendiri minuman probiotik di rumah... Mudah, cuma perlu ada buah-buahan dan herba asas

Lead Image

BAHAN dapur tak semestinya digunakan untuk memasak sahaja! 

Sebaliknya, terdapat bahan yang boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan minuman kesihatan seperti buah-buahan dan herba semula jadi.

Gabungan kunyit, halia, buah oren dan limau menghasilkan minuman probiotik yang kaya nutrien dan membantu menyokong sistem imunisasi badan.

Dalam masa sama, ia juga tinggi antioksidan yang berperanan membantu melindungi sel daripada rosak akibat radikal bebas.

Berikut cara menghasilkan miuman probiotik ini:

Ia juga kaya dengan antioksidan yang berperanan membantu melindungi sel.

Bahan-bahan

  • 2 biji buah oren*
  • 1 hiris halia sebesar ibu jari*
  • 3 hiris ibu kunyit sebesar ibu jari*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 6 biji limau kasturi
  • 1 sudu madu atau gula stevia (pilihan)
  • Sedikit air jika menggunakan 'blender'

MENARIK DIBACA: Viral di Mexico, minuman probiotik tepache makin popular... Ramai buat sendiri sebab mudah!

MENARIK DIBACA: Wanita kongsi cara buat probiotik semula jadi guna kubis ungu, tak perlu bazir duit beli mahal-mahal

Cara penyediaan

  1. Kupas kulit oren, halia, kunyit dan bawang putih.
  2. Masukkan semua bahan bertanda* ke dalam mesin buah atau 'blender'.
  3. Jika menggunakan 'blender', tambah sedikit air supaya lebih mudah dikisar.
  4. Kisar sehingga halus dan sebati.
  5. Perah limau kasturi ke dalam jus yang telah dikisar.
  6. Tambah madu atau gula stevia jika suka rasa sedikit manis.
  7. Kacau rata dan sedia untuk diminum.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Minuman

Kopi awan gula Melaka, pekena pagi bersemangat sepanjang hari

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Minuman

Tak sangka sedap! Wanita cipta minuman smoothie kacang hijau, siap beri tip cepat empuk

Terhangat