KUALI | Resipi Tradisi

Pencinta makanan pedas kena cuba kerabu suhun ala Thai ini di rumah!

Lead Image

BAGI penggemar hidangan pedas, kerabu suhun ala Thai ini cukup sempurna untuk memuaskan deria rasa anda!

Resipi perkongsian TikToker @Yurikayulie memang boleh buat sesiapa sahaja terliur.

Gabungan suhun yang kenyal bersama makanan laut segar serta sos masam manis pedas menjadikan menu ini sesuai dijadikan pembuka selera.

Lebih menarik, penggunaan herba segar seperti daun ketumbar dan tomato ceri menambah lagi aroma serta kesegaran rasa.

Berikut resipi penuh kerabu suhun Thai perkongsian Yurika Yulie yang anda boleh cuba sendiri di rumah.

Penambahan makanan laut segar menaikkan kesedapan kerabu suhun.

Bahan-bahan

Bahan utama:

  • Suhun (glass noodle)
  • Udang
  • Daun ketumbar
  • Cili padi
  • Bawang merah
  • Tomato ceri

Untuk sos:

  • Cili flakes
  • Bijan
  • Gula tebu
  • Limau nipis (perahan jus)
  • Daun ketumbar
  • Sos ikan

MENARIK DIBACA: Tumisan mentega dan bawang putih rahsia ayam goreng Korea

MENARIK DIBACA: Candy pineapple macam tanghulu tapi guna buah-buahan tempatan

Cara penyediaan

  1. Rebuskan suhun hingga lembut, kemudian toskan dan asingkan.
  2. Potong halus daun ketumbar, bawang merah, cili padi merah dan tomato ceri.
  3. Rebuskan udang sehingga masak dan berwarna merah jambu.
  4. Dalam mangkuk, campurkan cili flakes, bijan, gula tebu, jus limau nipis, daun ketumbar dan sos ikan. Kacau hingga sebati.
  5. Gaulkan suhun, sayuran dan udang bersama sos yang telah disediakan. Pastikan semuanya rata dan sebati dengan perasa.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Ikan kembung percik enak, juadah tradisional penuh aroma

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Che Nom ajar cara mudah masak siakap stim, siap ada tip bagi isi ikan lembut

Terhangat