KUALI | Resipi Moden

Candy pineapple macam tanghulu tapi guna buah-buahan tempatan

Lead Image

JIKA sebelum ini ramai teruja mencuba tanghulu iaitu snek viral dari China yang menggunakan buah beri atau anggur disalut gula keras.

Kali ini jom cuba versi tropika yang dikongsikan oleh pempengaruh masakan Hisham Raus di laman TikTok.

Menariknya, resipi Candy Pineapple ini menggunakan buah nanas yang masam-masam manis.

Gabungan rasa berjus nanas dan rangup manis dari lapisan gula.

Gabungan rasa berjus dari nanas dengan lapisan gula rangup di luar menjadikan kudapan ini bukan sahaja sedap, malah kelihatan menarik.

Candy pineapple ini sesuai dihidang sebagai snek manis selepas makan ataupun pencuci mulut semasa majlis istimewa.

Berikut resipi lengkap yang boleh anda cuba di rumah:

Bahan-bahan

  • Nanas segar (dipotong bentuk gelang) atau nanas dalam tin
  • 1 cawan gula
  • ½ cawan corn syrup
  • ¼ cawan air
  • Pewarna makanan pilihan (kuning atau merah jambu)

Cara penyediaan

  1. Potong nanas dalam bentuk gelang bulat atau gunakan nanas dalam tin yang telah ditoskan airnya.
  2. Keringkan permukaan nanas dengan tisu dapur, kemudian simpan dalam peti sejuk beku semalaman. Tujuannya supaya buah tidak lembik ketika dicelup ke dalam gula panas.
  3. Dalam periuk, masukkan gula, corn syrup dan air. Masak hingga suhu mencapai 300°F (150°C) — ini suhu ideal untuk dapatkan tekstur gula keras dan berkilat.
  4. Tambah beberapa titik pewarna makanan pilihan dan kacau sebati.
  5. Keluarkan nanas dari peti sejuk beku. Celup satu persatu ke dalam campuran gula panas dan angkat perlahan-lahan. Biarkan gula mengeras seketika.
  6. Bila lapisan gula sudah keras dan berkilat, Candy Pineapple sedia untuk dinikmati!
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Lebih sihat tanpa perasa tambahan, ini cara-cara buat nuget di rumah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Resipi Shakshuka ala Arianna Kitchen, mudah dan kena dengan tekak orang kita!

Terhangat