KUALI | Resipi Moden

Lebih sihat tanpa perasa tambahan, ini cara-cara buat nuget di rumah

Lead Image

NUGET ayam merupakan sajian ringkas yang cukup digemari semua peringkat umur, terutama anak-anak.

Mana tidaknya, keenakan nuget ayam yang digoreng panas-panas dengan tekstur luar rangup dan isi lembut di dalam memang membangkitkan selera.

Namun, nuget segera dijual di pasaran selalunya mengandungi bahan pengawet dan perasa tambahan yang membahayakan kesihatan.

Nuget boleh digoreng semula untuk dihidangkan.

Sebab itu ramai memilih menyediakan nuget di rumah kerana boleh menggunakan bahan segar dan bukannya diproses.

Boleh letak isi ayam segar tanpa lemak, boleh kawal penggunaan perasa dan juga garam mengikut citarasa sendiri.

Tanpa bahan pelik dan teknik rumit, anda boleh hasilkan nugget ayam homemade yang sedap, lembut dan rangup menggunakan resipi mudah berikut:-

Bahan-bahan

  • 500g isi ayam (dada ayam lebih sesuai)
  • 1 sudu teh bawang putih kisar
  • 1 sudu teh bawang merah kisar
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • 1 biji telur
  • Sedikit tepung jagung
  • Serbuk roti (breadcrumbs) secukupnya

MENARIK DIBACA: Sedap macam dekat kedai mamak, jom cuba resipi ayam masak bawang

MENARIK DIBACA: Senang betul buat churros, ini rahsia rangup di luar dan lembut di dalam

Cara penyediaan

  1. Masukkan isi ayam bersama bawang putih, bawang merah, lada hitam, garam dan serbuk perasa ke dalam food processor. Kisar hingga halus dan sebati.
  2. Basahkan tapak tangan dengan sedikit minyak atau air. Ambil sedikit adunan dan bentuk menjadi kepingan nuget.
  3. Salut kepingan nuget dengan tepung jagung.
  4. Celup ke dalam telur yang telah dipukul.
  5. Akhir sekali, golekkan dalam serbuk roti hingga disalut sepenuhnya.
  6. Untuk stok beku, goreng separuh masak atau bakar dalam air fryer pada suhu 200°C selama 5 minit.
  7. Simpan dalam peti sejuk beku. Bila nak makan, goreng semula hingga keperangan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Terliur tengok Tiktokers Syikin Azrin makan ‘Onion Wrap Flying Dutchman’... Jangan risau ini resipinya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Candy pineapple macam tanghulu tapi guna buah-buahan tempatan

Terhangat