KUALI | Resipi Tradisi

Resipi ayam masak halia sesuai bantu melancarkan darah dan buang angin ketika berpatang

Lead Image

IBU baru lepas bersalin selalu risau tentang sajian perlu diambil sepanjang proses berpantang.

Pemilihan makanan betul dan kaya dengan nutrisi penting untuk membantu tubuh kembali bertenaga selepas kelahiran bayi.

Seperti resipi ayam stim halia dikongsikan oleh Hazwan Ramli di TikTok, menu berpantang kaya dengan khasiat halia bersifat panas dan kering sesuai membantu memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan melancarkan proses penghadaman.

MENARIK DIBACA: [V] Ara Johari tak kekok ke dapur, masak lemak cili api menu 'signature'

MENARIK DIBACA: Kena cuba resipi bebola labu manis Adikfoods, memang tak cukup sepinggan!

Jom lihat resepi ayam masak halia yang dikongsikan.

Bahan-bahan

Ayam stim halia

  •     Sos Tiram
  •     Minyak bijan
  •     Tepung jagung
  •     Garam
  •     Lada Hitam
  •     Batang daun bawang
  •     Halia dihiris halus
  •     Kurma merah ikut selera

Minyak ayam stim halia

  •     Halia dicincang halus
  •     Bawang putih dicincang halus
  •     Daun bawang dicincang halus
  •     Minyak sedikit

Cara penyediaan

Ayam stim halia

  1.     Bersihkan ayam, lalu letak dalam dulang atau bekas bersesuaian untuk stim.
  2.     Tambah sos tiram, minyak bijan, tepung jagung, garam dan lada hitam gaul dan perap seketika.
  3.     Letak batang daun bawang dengan hirisan halia dan tambah kurma merah jika mahu.
  4.     Stim perapan paha ayam sehingga 40 minit. Kemudian keluarkan dan carik isi ayam guna garfu.
  5.     Asingkan isi ayam dari jus ayam dan ketepikan dalam mangkuk berasingan. Jangan buang jus ayam tadi.

Minyak ayam stim halia

  1.     Tambah potongan halia, bawang putih dan daun bawang dicincang halus dalam satu mangkuk.
  2.     Panaskan minyak masak lalu tuang perlahan-lahan. Apabila selesai, tambah pula jus ayam tadi.
  3.     Campurkan kuah minyak halia tadi dengan ayam sudah dicarik
  4.     Siap untuk dinikmati bersama nasi panas.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Gulai ikan tongkol air tangan Kak T sedap dooh, sekali rasa terus terbayang-bayang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Tauhu sumbat dengan sambal kicap untuk makan petang, ramai kata lebih daripada pisang goreng

Terhangat