Tak payah ke Kelantan cari Akok, jom ikut resipi cara tradisional Richard is Cooking
AKOK cukup sinonim sebagai salah satu kuih tradisional khas dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu dengan aroma dan rasanya yang memikat.
Lazimnya kuih ini dihidangkan ketika minum petang bersama segelas kopi o panas namun kini ia dapat dinikmati tidak kira waktu.
Malah digemari semua golongan kerana rasanya yang manis dan berlemak.
MENARIK DIBACA: Versi nasi bujang Indonesia? Nasi gultik cuma RM3 tapi memang menjilat jari, tak puas sepinggan!
MENARIK DIBACA: Sedap betul ayam lemon, campuran sos plum buat anak-anak berebut makan!
Biarpun menggunakan bahan ringkas cuma telur, santan dan tepung, tapi kaedah penyediaan secara tradisional menggunakan arang dan sabut kelapa menjadikan rasanya cukup istimewa.
Perkongsian resipi dari pempengaruh masakan, Nyam Lee Chet atau Richard Is Cooking menggunakan kaedah tradisional di atas dapur kayu dan sabut kelapa dan loyang aluminium ternyata membangkitkan lagi nostalgia.
Jadi, lepas ini tak perlu tunggu ke bazar untuk cuba masak sendiri kuih akok tradisional.
Bahan-bahan
- 500 ml santan
- 500 g gula
- 3 sudu makan tepung beras
- 20 biji telur
- Garam hujung sudu
Cara penyediaan
- Campurkan santan dan gula dalam satu mangkuk, lalu kacau hingga sebati.
- Kemudian, tambah tepung beras dan kacau lagi sehingga sebati.
- Pecahkan semua telur bersama adunan tadi dan kacau sehingga sebati.
- Seterusnya, tapis telur menggunakan penapis dalam bekas lain.
- Tuang adunan dalam loyang kuih dan bakar.