KUALI | Resipi Moden

Sedap betul ayam lemon, campuran sos plum buat anak-anak berebut makan!

Lead Image

ADA sesiapa penggemar ayam lemon? Rasanya yang masam manis dengan tekstur ayam goreng tepung rangup menjadikan juadah itu memiliki keunikan dan rasa tersendiri.

Selain dimakan bersama nasi putih, ayam lemon juga enak dimakan begitu sahaja bukan sahaja oleh orang dewasa, tetapi digemari anak-anak.

Tak susah sebenarnya untuk hasilkan menu ayam lemon yang menyelerakan.

MENARIK DIBACA: Dari ratu kosmetik ke dapur... Datin Isma dah ‘ready’ nak pencen, buka restoran Kantan sebab anak-anak - “Ada syarat perlu mereka penuhi”

MENARIK DIBACA: Tak payah beli produk mahal! Daun ketumbar dan jintan manis boleh hilangkan mulut berbau

Jom Kuali tunjukkan cara resipi ayam lemon seperti yang dikongsikan Nur Masri dalam kumpulan Masak Apa Hari Ini di Facebook.

Bahan-bahan

  • Ayam (dipotong kecil-kecil)
  • Tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Serbuk lada sulah
  • Bijan

Bahan sos

  • Sos plum
  • 1/2 biji Lemon (diperah)
  • bawang putih
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak
  • Daun bawang
  • Air tepung jagung

Langkah penyediaan

  1. Perap ayam yang digaul bersama garam dan serbuk lada sulah secukupnya selama satu jam atau semalaman.
  2. Pecahkan sebiji telur dan celup ayam yang telah diperap semalaman kemudian salut dengan tepung jagung.
  3. Goreng ayam yang telah disalut dengan tepung jagung sehingga kuning keemasan kemudian angkat dan ketepikan.
  4. Untuk sos lemon, tumis bawang putih yang dicincang halus kemudian masukkan semua bahan sos. dan kacau sehingga pekat. Sesuaikan rasa.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng kemudian gaul sehingga rata.
  6. Taburkan daun bawang serta bijan untuk hiasan dan siap untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Cuti sekolah ajaklah anak ke dapur, resipi nuget dan puding roti paling senang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Sate salutan tom yam, madu dan keju... Resipi AdekFoods gabungan rasa tak terlupakan!

Terhangat