KUALI | Resipi Tradisi
Gabungan Melayu dan Peranakan, beza Mi Jawa Pulau Pinang
KEPELBAGAIAN hidangan memukau menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi ‘syurga makanan’.
Mi Jawa Pulau Pinang adalah salah satu hidangan berasaskan mi yang popular di negeri mutiara ini.
Menggabungkan rasa yang kompleks, keistimewaan masakan Melayu dan Peranakan ini biasanya menggunakan mi kuning yang lembut sebagai asas hidangan.
MENARIK DIBACA : Tak sampai 5 minit masak singgang sotong, campak-campak jadi!
MENARIK DIBACA : Laksam ‘homemade’ ala pasar pagi di Kelantan, ada trik mudah isi licin berkilat
Mi ini disajikan dengan kuah yang kaya dengan aroma dan rasa dengan warna coklat kemerahan.
Bahan
Untuk kuah
- 300g tomato masak
- 150g ubi keledek
- 150g labu kuning
- 500ml stok ayam cair
- 3 sudu besar kanji jagung
- 3 biji limau nipis (jus)
- Sedikit garam
Untuk mi dan aksesori
- 6 biji telur rebus
- 4 biji kentang rebus dan kulitnya dibuang
- 4 keping tau kua
- 300g udang sederhana dengan ekor masih ada
- 300g perut lembu
- 2 batang kek ikan goreng
- 300g bee hoon dan mi kuning
- 150g taugeh
- 6 biji limau nipis segar
- Daun selada Cina segar
- Bawang goreng
- Keropok (pilihan)
- Sambal sotong (pilihan)
Langkah penyediaan
Untuk lauk
- Rebus semua udang dengan ekor dalam periuk kecil. Setelah masak, keluarkan udang dan biarkan sejuk.
- Potong telur rebus selepas kulitnya dibuang, menjadi hirisan kecil.
- Rebus kek ikan goreng, kemudian potong nipis secara menyerong.
- Goreng tau kua, potong nipis selepas ia sejuk.
- Rebus kentang dalam air panas selama 10 minit sahaja, jangan terlalu masak. Biarkan sejuk, buang kulit dan potong dalam bentuk hirisan.
- Secara berasingan, rebus perut lembu selama 20 minit hingga lembut. Biarkan sejuk, hiris nipis dan ketepikan.
- Ambil daun selada Cina potong menjadi jalur kecil untuk hiasan akhir.
Untuk kuah
- Kupas kulit ubi keledek dan labu. Potong kiub. Didih 500ml air.
- Masukkan ubi keledek labu dipotong kiub kecil dan dibiarkan masak.
- Selepas 5 minit, keluarkan bahan-bahan dibiarkan sejuk. Air rebusan disimpan.
- Kisar bahan-bahan seperti tomato, kentang dan labu tuang dalam kuali dan masak dengan api sederhana.
- Dalam mangkuk kecil berasingan, campurkan tepung jagung dengan air sejuk lalu tuang dalam kuali untuk memekatkan sup. Tambahkan kaldu ayam untuk bangkit rasa kuah.
- Mengikut kesesuaian selera, anda boleh tambah perahan limau nipis dan garam.
Untuk hidangan
- Gunakan periuk lain untuk mendidihkan air, masak bihun, mi dan tauge menggunakan penapis, kemudian pindahkan bahan yang telah dimasak ke dalam pinggan hidangan.