KUALI | Resipi Tradisi

Laksam ‘homemade’ ala pasar pagi di Kelantan, ada trik mudah isi licin berkilat

Lead Image

KALAU anda peminat tegar laksam, inilah masanya untuk cuba buat sendiri di rumah!

Dengan tekstur kuah putih lemak-lemak padu, gulungan laksam lembut dan licin berkilat macam seperti dijual di pasar pagi Kelantan atau Terengganu, memang menggoda selera.

Makanan tradisi Pantai Timur ini sebenarnya ada caranya untuk dapatkan laksam yang bergulung rapi, tak melekat dan kuah meletup rasanya.

Memang nikmat kuah putih lemak-lemak padu.

Ramai yang kurang yakin untuk mencuba sendiri di rumah.

Tapi jangan risau ikut sahaja langkah yang Kuali kongsikan ini, InshaAllah hasilnya pasti memuaskan dan sedap!

MENARIK DIBACA: 62 air balang percuma sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025

MENARIK DIBACA:Harga cekik darah kalau beli di festival makanan, tak susah pun buat puding pisang!

Bahan-bahan

Laksam

  • 2 cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung gandum
  • 2 ½ cawan air (boleh tambah sedikit jika perlu)
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak masak

Kuah lemak putih

  • 3-4 ekor ikan kembung/ selayang/ sardin (rebus dan ambil isinya)
  • 4 cawan santan pekat
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai (dititik)
  • Garam dan gula secukup rasa

Ulam-ulaman 

  • Timun
  • Daun kesum
  • Taugeh
  • Kacang panjang
  • Kobis
  • Daun selom
  • Cili padi (jika suka pedas)
Kalau kena cara memang boleh hasilkan laksam cantik berkilat.

Cara penyediaan

  1. Campurkan 2 cawan tepung beras, ½ cawan tepung gandum, 2½ cawan air, ½ sudu kecil garam dan 1 sudu besar minyak. 
  2. Kacau hingga adunan cair dan tidak berketul.
  3. Panaskan kukusan dan sapu sedikit minyak pada tudung periuk atau loyang.
  4. Tuang satu senduk kecil adunan dan ratakan nipis. Kukus selama 2-3 minit hingga masak.
  5. Angkat laksam dan gulung segera semasa panas supaya tidak melekat dan pecah.
  6. Kisar isi ikan rebus bersama bawang merah, bawang putih dan halia hingga halus.
  7. Masak bahan kisar bersama 4 cawan santan pekat dan serai yang telah dititik dengan api sederhana. Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.
  8. Perasakan kuah dengan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kuah pekat dan berkrim.
  9. Susun laksam gulung dalam pinggan, curahkan kuah lemak panas di atasnya.
  10. Tabur ulam-ulaman segar seperti timun, daun kesum dan taugeh. Hidangkan bersama sambal belacan jika suka pedas.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Tak sampai 5 minit masak singgang sotong, campak-campak jadi!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Asyik goreng jer, apa kata cuba masak sambal tumis telur hancur pula

Terhangat