KUALI | Resipi Tradisi

Nampak senang resipi lemak labu Mama Tini, tahap ‘beginner’ boleh buat sambil pejam mata!

Lead Image

NAMPAK sedap betul resipi masak lemak labu mama, air tangan bonda kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Noor Kartini.

Bahan digunakan bukan sahaja mudah, tetapi juga berkhasiat sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Kata Neelofa, betapa mudahnya buat masak labu mama sehinggakan tahap beginner pun boleh buat sambil pejam mata!

MENARIK DIBACA: Rasanya mungkin hambar... Buah naga pilihan terbaik buat pesakit diabetes, turun risiko penyakit kronik

MENARIK DIBACA: [V] Hanya pilih makanan organik, belanjanya besar tapi Elisya Sandha puas hati... Tumbesaran anak lebih baik dan jarang sakit

Tak percaya? Jom tengok macam mana cara penyediaan masak lemak labu mama resipi istimewa air tangan Noor Kartini.

Bahan-bahan

  • 1 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 biji labu
  • Terung
  • Jagung muda (baby corn)
  • Lobak merah
  • Santan
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Lada hitam
  • Garam
  • Gula
  • Perasa

 Langkah penyediaan

  1. Tumbuk kasar lada hitam bersama satu ulas bawang putih dan bawang merah.
  2. Tumis tanpa minyak bahan yang telah ditumbuk.
  3. Masukkan santan pekat dan larutkan bersama air secukupnya.
  4. Masak santan sehingga mendidih.
  5. Masukkan labu dan masak sehingga lembut. Guna api sederhana.
  6. Masukkan sayur-sayuran dan biarkan sehingga masak.
  7. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  8. Akhir sekali masukkan bawang holland, cili hijau dan cili merah.
  9. Sebagai tambahan boleh masukkan udang mengikut cita rasa.
  10. Sedia untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Nasi lemak kampung beza rasanya, rahsianya 'peram' pakai surat khabar dan daun pisang baru padu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Macam masak lemak cili api... Rasa kari hijau Thailand lebih kompleks, bahannya pun berbeza

Terhangat