Macam masak lemak cili api... Rasa kari hijau Thailand lebih kompleks, bahannya pun berbeza
KALAU Malaysia ada masak lemak cili api, di Thailand pula ada kari hijau yang tidak kurang hebat sedapnya.
Dari segi visual ia nampak macam sama tapi rasa dua masakan itu nyata berbeza dan mempunyai ciri-ciri tersendiri.
Pesnya dihasilkan dari gabungan pelbagai bahan seperti cili hijau, lengkuas dan serai, lada putih, ketumbar dan jintan yang memberi aroma khas.
MENARIK DIBACA : Kari Jepun lagi sedap, cara penyediannya pula memang mudah
MENARIK DIBACA : [V] Bau dan aromanya buat perut berkeroncong, ini resipi ayam pedas daun kesum
Manakala masak lemak cili api pula bahanya lebih ringkas tetapi tetap mempunyai rasa khas yang boleh membuat sesiapa ketagih.
Jom cuba resipi kari hijau yang cukup popular di Thailand.
Bahan-bahan
Bahan pes kari hijau
- 200g cili hijau besar
- 80g bawang merah
- 80g bawang putih
- 20g lengkuas
- 80g akar ketumbar
- 30g serai
- 1 helai kulit limau
- 20g belacan
- 8g lada putih
- 2g ketumbar
- 2g jintan
- 5g garam
Bahan lain
- 1 ekor ayam dipotong mengikut saiz yang diingini
- 3 biji terung panjang
- 5 tangkai bendi (dipotong tebal)
- 5 tangkai kacang panjang (dipotong 5cm panjang)
- 500g air
- 20 helai daun limau
- 2 genggam daun basil Thai
- 300g krim masakan
- Sedikit garam
- Sos ikan (mengikut cita rasa)
- Gula kelapa (mengikut cita rasa)
- Beberapa hirisan cili merah untuk hiasan
Langkah penyediaan
- Kisar semua bahan pes kari hijau hingga menjadi pes halus.
- Simpan 500g pes yang telah dikisar dan selebihnya boleh disimpan di dalam peti sejuk beku untuk kegunaan akan datang. Ia boleh disimpan sehingga enam bulan.
- Perap potongan ayam dengan sedikit garam selama sekurang-kurangnya 30 minit dalam peti sejuk.
- Masukkan 500g air ke dalam periuk dan didihkan. Setelah itu, masukkan 500g pes kari hijau dan ayam yang telah diperap. Biarkan ia mendidih dan reneh selama 10 hingga 12 minit.
- Tambahkan sayur-sayuran yang telah dipotong dan biarkan mendidih selama 10 minit lagi.
- Apabila kari telah pekat, masukkan krim masakan dan sesuaikan rasa dengan garam, sos ikan, dan gula kelapa. Jika perlu, tambahkan sedikit lagi air.
- Akhir sekali, masukkan daun basil Thai, daun limau dan hirisan cili merah. Biarkan ia reneh selama dua minit sebelum dihidangkan bersama nasi panas.